mattzzx Publish time 11-2-2024 11:53 AM

Enjin tak sempat mati...

https://assets.bharian.com.my/images/articles/botpenambang_1707618678.jpg
Perkhidmatan bot penambang mendapat sambutan pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina dan persekolahan. - Foto NSTP/Nazdy Harun

KUALA NERUS: Cuti sempena Tahun Baharu Cina (TBC) dan persekolahan mendatangkan limpahan rezeki buat pengusaha bot penambang berikutan pertambahan pengguna setiap hari.

Pengusaha bot, Saidi Muhammad, 49, dari Kampung Seberang Takir, di sini, berkata, kehadiran pengunjung dalam dan luar negeri yang ingin menggunakan perkhidmatan bot penambang meningkat apabila tibanya musim cuti.

Menurutnya, bot yang beroperasi sejak awal pagi hingga ke petang biasanya akan dipenuhi penumpang sama ada dari jeti Seberang Takir mahupun dari jeti Pasar Payang.

Katanya, dengan tambang RM2 sehala dan pertambahan jumlah penumpang mampu meningkatkan pendapatan pengusaha bot pada musim cuti.



"Adakalanya, enjin bot tidak dimatikan kerana penumpang terlalu ramai silih berganti dan kami hanya berhenti untuk solat dan makan sebelum meneruskan kerja.

"Alhamdulillah, Terengganu yang merupakan negeri pelancongan sentiasa menerima kehadiran pengunjung terutama pada musim perayaan dan cuti persekolahan.

"Dalam masa sama kami pemandu bot juga mendapat tempias kerana kebanyakan yang datang ingin merasai pengalaman menaiki bot penambang," katanya.

Bagaimanapun keadaan jeti bot penambang di Pasar Payang yang tidak sempurna memberikan masalah kepada pengendali bot penambang yang berharap kerajaan dapat membantu membaiki jeti berkenaan.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pemandu Bot Penambang Seberang Takir, Muhamad @ Mamat Ibrahim,77, berkata, jumlah penumpang akan bertambah terutama pada musim cuti.

"Selain menyediakan perkhidmatan dari dua jeti iaitu Seberang Takir dan Pasar Payang, pemandu juga menawarkan perkhidmatan menyelusuri Sungai Terengganu.

"Secara tidak langsung ia mampu menambah pendapatan pengusaha dan memberi satu pengalaman baru buat pengunjung yang ingin merasai pengalaman menaiki bot," katanya.

Menurutnya, setiap kali tiba musim cuti pengusaha bot dengan 18 bot akan bergilir membawa penumpang.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1211139/enjin-tak-sempat-mati
Pages: [1]
View full version: Enjin tak sempat mati...


ADVERTISEMENT