sfhzuraz Publish time 10-2-2024 06:25 PM

Bomba hadapi kesukaran padam kebakaran rumah di Kampung Sadu

Bomba hadapi kesukaran padam kebakaran rumah di Kampung Sadu


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Zue_sendphoto_1707559186_1707560175.jpg
ANGGOTA bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Sadu. FOTO ihsan bomba



Sik: Anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Sadu, di sini, hari ini, disebabkan laluan sempit, pili bomba jauh dan cuaca panas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, anggotanya terpaksa menggunakan pili bomba pada jarak 600 meter dari lokasi kebakaran.
Beliau berkata, api cepat merebak disebabkan faktor angin yang kuat selain cuaca kemarau ketika ini.
"Anggota kami menerima maklumat berhubung kebakaran ini pada jam 3.03 petang dan operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Soffuan Sabri bersama 10 anggota yang membabitkan sebuah rumah."Tiada mangsa dilaporkan berada dalam rumah kerana penyewa berada di luar ketika kebakaran berlaku.





"Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulkhairi berkata, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Jeniang seramai lima orang yang ketika itu sedang menyambut Tahun Baharu Cina.


Disiarkan pada: Februari 10, 2024 @ 6:16pm


Bomba hadapi kesukaran padam kebakaran rumah di Kampung Sadu (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Bomba hadapi kesukaran padam kebakaran rumah di Kampung Sadu


ADVERTISEMENT