sfhzuraz Publish time 10-2-2024 03:43 PM

El Nino mula mencengkam pesawah, penoreh getah di Kedah

El Nino mula mencengkam pesawah, penoreh getah di Kedah


Oleh Ahmad Mukhsein Mukhtar - Februari 10, 2024 @ 3:34pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/z0412rubber02_1707550468.jpg
Gambar hiasan



ALOR STAR: Fenomena El Nino yang semakin teruk, ditambah situasi kekurangan hujan, menekan petani dan penoreh getah di Kedah dengan jengkaan kekurangan hasil.
Dengan suhu purata harian mencapai 37 darjah Celsius, golongan pesawah dan penoreh getah khuatir hasil mereka merosot teruk pada bulan-bulan mendatang.
Pekebun kecil getah di Kubang Pasu, Rodhi Md Rejab, 46, berkata bahawa kepanasan pada waktu siang menyebabkan beliau dan rakan terpaksa menoreh getah pada waktu malam kerana lebih sejuk.
Katanya, suhu pada waktu siang yang amat panas memberi kesan kepada pekerjaan mereka terutama kesihatan.
"Saya mula menoreh getah dari jam 10 malam hingga 2 pagi sekarang, sejak sebulan lalu. Kami cuba menoreh pada waktu petang tetapi keadaan masih panas walaupun jam 6.30 petang lebih-lebih lagi sekarang waktu daun luruh, kepanasannya amat ketara," katanya.
"Waktu pagi, kami hanya boleh bertahan bekerja hingga jam 9.30 pagi, kemudian suhu semakin panas dan tak tahan," katanya.
Beliau juga berkata daun pokok getah yang luruh menyebabkan susu getah berkurangan ketara sekali gus memberi kesan pengurangan pendapatan.
Exco Majlis Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH), Abdul Rashid Yob, pula berkata ketika ini petani terpaksa mengurangkan waktu bekerja kerana cuaca terlalu panas.
"Kami terpaksa mengurangkan masa kerja. biasanya pulang ke rumah jam 10 pagi kerana cuaca mula panas dan ini menjejaskan produktiviti. Begitu juga masa kerja pada sebelah petang terpaksa dipendekkan," katanya.
"Cuaca ekstrim ini tidak hanya mempengaruhi produktiviti tetapi juga membawa risiko kesihatan yang serius kepada petani," tambahnya.
Beliau berkata walaupun bekalan air untuk sawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mencukupi, kawasan luar MADA mengalami kekurangan air.
Beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan memastikan bekalan air untuk pertanian mencukupi pada ketika kemarau pada bulan mendatang.
Semalam media melaporkan El Nino dijangka berterusan hingga pertengahan tahun ini.
Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena itu bermula pada pertengahan tahun lalu dan boleh berlangsung sehingga 18 bulan.
Berdasarkan fenomena El Nino sebelum ini, Helmi berkata keadaan itu boleh menyebabkan hujan berkurang dan suhu yang lebih tinggi di Malaysia, menjejaskan negeri-negeri utara Semenanjung, kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Pahang, dan Sabah.
El Nino mula mencengkam pesawah, penoreh getah di Kedah (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: El Nino mula mencengkam pesawah, penoreh getah di Kedah


ADVERTISEMENT