Vellfire Publish time 9-2-2024 04:03 PM

Tunku Mahkota Ismail berangkat ke markas taktikal Pos Tanjung Sepang

Edited by Vellfire at 9-2-2024 08:07 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/taktikal_1707400810.jpg
TUNKU Mahkota Ismail selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang, Johor hari ini. FOTO Ihsan FB HRH Crown Prince of Johor.Johor Bahru: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang, Kota Tinggi hari ini.
Dalam sesi lawatan itu, Tunku Mahkota Ismail selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor dipersembahkan dengan Demonstrasi Prosedur Tangkapan Pendatang Asing.
"Keberangkatan baginda adalah susulan kejayaan cemerlang pelaksanaan Operasi Bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan di negeri Johor dalam OP MERPATI 1.
"Operasi berkenaan berjaya menahan 24 tekong iaitu 13 tekong darat dan 11 tekong laut serta 1,108 orang pendatang asing dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM2.6 juta," menurut hantaran di laman Facebook Pemangku Sultan Johor hari ini.
Di bawah kepimpinan baginda, kerjasama erat khususnya antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Johor dengan Tentera Darat menerusi Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia membuahkan kejayaan cemerlang sekali gus dapat membanteras kemasukan pendatang asing ke negara ini terutamanya di Johor, menurut hantaran itu.
Turut hadir Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani dan Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia Brigadier Jeneral Mohamad Suria Mohamad Saad.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1059055/tunku-mahkota-ismail-berangkat-ke-markas-taktikal-pos-tanjung-sepang


Pages: [1]
View full version: Tunku Mahkota Ismail berangkat ke markas taktikal Pos Tanjung Sepang


ADVERTISEMENT