sfhzuraz Publish time 8-2-2024 06:39 PM

'Dunia bola sepak hilang sebutir permata'

'Dunia bola sepak hilang sebutir permata'

OlehNURUL HIDAYAH HAMID
08 Februari 2024 05:51pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/08/2531098.jpg
Ahli keluarga dan sahabat handai memenuhi kediaman arwah Mohd Azraai di Alor Semadom, di sini, pada Khamis.



ALOR SETAR - Negara kehilangan sebutir permata dalam arena bola sepak apabila legenda 'double treble' Mohd Azraai Khor Abdullah disahkan meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) Alor Setar, di sini, pada Khamis.
Salah seorang anak didiknya, Raja Shahrul Amri Raja Azhar, 47, berkata, pemergian Mohd Azraai,71, yang dikenalinya sejak hampir 10 tahun lepas amat memberi kesan kepada dirinya.


Menurutnya, Mohd Azraai bukan hanya seorang jurulatih, malah telah dianggap seperti bapanya sendiri apabila beliau bertanggungjawab mengembang kariernya sebagai jurulatih profesional.
"Bagi saya amat terkejut dan terasa amat kehilangan beliau.Dia umpama bapa saya, sifu saya dan mentor saya.


"Dialah yang menaikkan nama saya dalam bidang jurulatih dan saya rasa betul-betul kehilangan beliau," katanya ketika ditemui di kediaman arwah di Alor Semadom, di sini, pada Khamis.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/08/2531099.jpg
Mohd Farouk (kiri) dan Mohd Feriza ketika ditemui di kediaman arwah di Alor Semadom, di sini.



Kata beliau, Mohd Azraai ada memaklumkan berasa kurang sihat dan baru pulang dari KMC kepada dirinya ketika mereka berbual pada dua hari lepas.
Raja Shahrul Amri berkata, suara jurulatih disegani terbabit kedengaran agak lemah dan kurang ceria, namun dia tidak menyangka dengan pemergian arwah secara mengejut itu.



Beliau menambah, Mohd Azraai terus aktif menabur bakti dalam arena bola sepak apabila berkhidmat sebagai ketua jurulatih di Madad Soccer Academy, manakala dirinya bertanggungjawab sebagai penolong jurulatih.
Sementara itu,bekas pemain Kedah, Mohd Farouk Ismail, 53, berkata, mereka amat sedih dengan kehilangan Mohd Azraai secara tiba-tiba selepas dimaklumkan beliau kritikal pada pagi Khamis.
Menurut beliau, Mohd Azraai merupakan seorang jurulatih yang amat hebat, sekaligus arena bola sepak itu kehilangan permata sukan.

Kembarnya yang juga bekas pemain Kedah, Mohd Feriza Ismail, 53, berkata, jurulatih lagenda terbabit sering menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun, kata beliau, mereka agak tertanya-tanya apabila Mohd Azraai tidak menghantar mesej secara beberapa hari lepas sebelum dikejutkan dengan pemergian arwah.
"Hari ini pun tidak balas WhatsApp. Jikalau tidak, hari-hari dalam group dia hantar WhatsApp dan antara orang awal hantar (mesej),"katanya.
Menurutnya, mereka terasa dengan kehilangan Mohd Azraai memandangkan hubungan mereka akrab sejak berada dalam pasukan Kedah
"Hubungan kami memang rapat sebab dia naik bersama kami sebab beliau jadi 'coach' ketika Piala Presiden pada tahun 1991,"katanya.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/08/2531097.jpg
Akmal Rizal



Bagi bekas penyerang Kedah yang juga Ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, dia telah mengenali allahyarham sejak tahun 2004 lagi.
Menurutnya, Mohd Azraai berjaya membawa pasukan Kedah masuk ke perlawanan terakhir Piala Malaysia ketika memimpin pasukan itu.
"Bagi saya, beliau adalah jurulatih paling terbaik pernah saya kenal dan banyak ilmu dikongsikan beliau kepada saya dan pemain-pemain lain meskipun saya bersama arwah hanya dua musim sebelum saya berpindah ke Selangor.
"Pencapaian yang beliau dapat bersama Kedah melalui 'double treble' dan juga pencapaian beliau bersama pasukan 23 Kebangsaan dan pasukan lain.Arwah jurulatih tempatan terbaik yang pernah saya kenali," katanya.
Beliau berkata, mereka berdua juga ada berhubung bertanya khabar dan berkongsi pengalaman selepas dirinya dilantik sebagai pengendali Penang FC.
"Saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah dan sama-sama mendoakan arwah ditempatkan bersama para solehin,"katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan arena bola sepak tanah air khususnya penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC dikejutkan dengan berita pemergian legenda jurulatih Hijau Kuning, Azraai Khor Abdullah pada Khamis.
Anak Allahyarham, Firdaus Zainuddin memaklumkan perkara itu laman sosial Facebooknya pada Khamis.
'Dunia bola sepak hilang sebutir permata' - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: 'Dunia bola sepak hilang sebutir permata'


ADVERTISEMENT