mattzzx Publish time 8-2-2024 04:08 PM

Polis Johor tumpu 41 'hotspot' dan 37 'blackspot' kemalangan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0208rshotspot_1707377543.jpg
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar menyempurnakan Majlis Perasmian Op Selamat Tahun Baharu Cina 21/2024 Kontinjen Johor di Plaza Tol Kempas di sini, hari ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor mengenal pasti 41 lokasi 'hotspot' dan 37 lokasi 'blackspot' yang kerap berlakunya kemalangan di seluruh negeri ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, lokasi itu akan diberikan keutamaan dari aspek penugasan mahu pun penguatkuasaan sepanjang Op Selamat yang bermula hari ini hingga 13 Februari nanti.

"JSPT Johor akan menggerakkan kekuatan seramai 89 pegawai dan 582 anggota dan kita akan bergerak setiap masa bagi memastikan kehadiran kita di lokasi tumpuan ini," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Op Selamat Tahun Baharu Cina 21/2024 Kontinjen Johor di Plaza Tol Kempas di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam Op Selamat kali ini, JSPT juga akan menjalankan pemantauan ke atas kenderaan perdagangan supaya mematuhi waktu larangan berada di lebuh raya bagi memastikan kelancaran trafik serta lalu lintas.

Pada masa sama, beliau berkata, berdasarkan statistik Op Selamat 19/2023, secara keseluruhannya jumlah kemalangan meningkat sebanyak 858 kes iaitu bersamaan 105 peratus berbanding 2022.

Katanya, kemalangan maut turut meningkat sebanyak sambilan kes atau 129 peratus, begitu juga dengan kadar kematian yang meningkat sebanyak 15 kes atau 214 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Punca peningkatan ketara ini disebabkan perubahan fasa penularan Covid-19 yang menimpa negara dan seiring dengan penambahan jumlah kenderaan di seluruh negara," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1058917/polis-johor-tumpu-41-hotspot-dan-37-blackspot-kemalangan
Pages: [1]
View full version: Polis Johor tumpu 41 'hotspot' dan 37 'blackspot' kemalangan


ADVERTISEMENT