mattzzx Publish time 8-2-2024 03:18 PM

Maqis rampas ayam sejuk beku tanpa permit

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0208rsmaqis_1707375024.jpg
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan sebuah lori membawa keratan ayam sejuk beku tanpa permit import yang sah di Bukit Kayu Hitam. FOTO IHSAN MAQIS

Bukit Kayu Hitam: Cubaan sebuah lori membawa masuk keratan ayam sejuk beku tanpa permit import yang sah membawa padah apabila ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Pengarah Maqis Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, hasil pemeriksaan pada 29 Januari lalu mendapati 150 kotak seberat 1,545 kg keratan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai sebanyak RM18,000 tidak mempunyai permit import yang sah.

"Kesemua barangan ini dirampas dan ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasilan pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1058900/maqis-rampas-ayam-sejuk-beku-tanpa-permit
Pages: [1]
View full version: Maqis rampas ayam sejuk beku tanpa permit


ADVERTISEMENT