mattzzx Publish time 8-2-2024 03:03 PM

Dua kapal kargo Vietnam ditahan bersauh secara haram

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/WhatsApp-Image-2024-02-08-at-11.50.28-AM.jpeg
KAPAL kargo berdaftar dari Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Mersing selepas disyaki berlabuh secara haram di kedudukan 7.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil petang semalam.

MERSING – Dua buah kapal kargo berdaftar dari Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Mersing selepas disyaki berlabuh secara haram di kedudukan 7.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, kapal yang berdaftar atas nama Phuc Thuan 39 dan Phuc Thuan 79 ditahan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin dalam Op Jaksa dan Op Tiris di sekitar perairan Mersing.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda tidak memaklumkan ketibaan dan gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.

Menurutnya, ekoran itu mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memaklumkan ketibaan dan berlabuh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Pemeriksaan lanjut turut mendapati kapal Phuc Thuan 39 dikendalikan oleh seorang nakhoda dibantu 12 kru kesemuanya warganegara Vietnam berusia 24 tahun hingga 61 tahun.

“Manakala kapal Phuc Thuan 79 dikendalikan seorang nakhoda dibantu 11 kru kesemuanya juga warganegara Vietnam berusia 21 tahun hingga 46 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, nakhoda dan ketua jurutera kapal ditahan dan dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk tindakan siasatan seterusnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02/08/dua-kapal-kargo-vietnam-ditahan-bersauh-secara-haram/
Pages: [1]
View full version: Dua kapal kargo Vietnam ditahan bersauh secara haram


ADVERTISEMENT