mattzzx Publish time 8-2-2024 02:59 PM

Polis tahan 'Superman' LPT

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0208rslpt_1707374585.jpg
Aksi sekumpulan penunggang motosikal yang beraksi ala 'Supermran' berhampiran susur Lanchang, Lebuhraya Pantai Timurb (LPT) Temerloh, semalam. FOTO Tular

Temerloh: Seorang pekerja p-hailing ditahan selepas tular video penunggang motosikal melakukan aksi 'Superman' berhampiran susur Lanchang, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, lelaki itu berusia 25 tahun tahun itu ditahan di Petaling Jaya.

Katanya, semalam tular satu video dalam media sosial Facebook pada kira kira 2.25 petang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal di lebuh raya itu melakukan aksi merbahaya.

"Hasil siasatan awal mendapati video dirakam kamera papan pemuka orang awam.



"Aksi dan perbuatan yang dilakukan itu bukan sahaja mengundang bahaya kepada diri sendiri malah kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek dalam usaha mengenal pasti rakannya yang lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan( APJ) 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1058897/polis-tahan-superman-lpt
Pages: [1]
View full version: Polis tahan 'Superman' LPT


ADVERTISEMENT