mattzzx Publish time 8-2-2024 10:33 AM

Bayi jantung berlubang perlu RM55,000

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/bayi-jantung-berlubang-pembedahan.jpeg?v=1707298512
Nor Aleeya Qalisyah yang mengalami masalah jantung berlubang kini bergantung kepada alat pernafasan di HSA, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri buntu untuk me­ngumpul wang sebanyak RM55,000 bagi membolehkan bayi perempuan mereka yang berusia empat bulan menjalani pembedahan jantung berlubang pada 21 Februari ini.

Menurut Faiz Abdullah, 31, anaknya itu, Nor Aleeya Qalisyah sebelum ini sudah dua kali menjalani pembedahan bagi masalah saluran jantung tersumbat dan menyedut air berlebihan pada jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

“Pada mulanya Muhammad Khalif yang merupakan kembar Nor Aleeya mengalami jangkitan kuman selepas dilahirkan dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, selama beberapa hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Nor Aleeya Qalisyah ketika itu nampak sihat, namun tiba-tiba pernafasannya laju dan terpaksa dikejarkan ke HSA. Hasil pemeriksaan, dia disahkan me­ngalami masalah saluran jantung tersumbat.

“Doktor mengesan jantung­nya berlubang sebesar di antara 8 hingga 9 milimeter,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Universiti, Skudai, di sini baru-baru ini.

Faiz berkata, anak perem­puannya itu terpaksa bergantung kepada alat pernafasan dan kini masih menerima rawatan di HSA.

Katanya, dia dan isterinya, Maryuni Semaon, 27, kini bergilir-gilir menjaga Nor Aleeya Qalisyah.

“Kami sedang berusaha me­ngumpul dana untuk pembedahan jantung berlubang Nor Aleeya di IJN pada 21 Februari ini yang tidak lama lagi.

“Kegagalan menjalani pembedahan itu boleh mengundang risiko bahaya kepada Nor Aleeya Qa­lisyah pada bila-bila masa.

“Kami bersyukur kerana sebelum ini Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menanggung sebahagian kos pembedahan selain menggunakan wang simpanan kira-kira RM30,000,” katanya.

Faiz bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan, manakala isterinya hanya suri rumah. Mereka mempunyai dua lagi cahaya mata berusia tiga dan tujuh tahun.

Orang ramai boleh me­nyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB milik Faiz iaitu 7631044406 atau menghubungi­nya di talian 017-728 8947.
https://www.kosmo.com.my/2024/02/08/bayi-jantung-berlubang-perlu-rm55000/
Pages: [1]
View full version: Bayi jantung berlubang perlu RM55,000


ADVERTISEMENT