CARI-HBZ Publish time 7-2-2024 03:53 PM

"Saya Mula Pelik Apabila Dia Menyuruh Saya Menyekat Nombor Telefon Nina" - Ibu Kandung Musa Dakwa Noh Putar Belit Kenyataan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/07/155336yqkhhfn9wwinyq2q.png





Ibu kandung Musa yang juga anak angkat kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina iaitu Athira menafikan sekali lagi segala kenyataan dikeluarkan penyanyi Noh Salleh di mahkamah, semalam.


Athira berkata, dia kesal dan kecewa dengan kenyataan putar belit yang dikeluarkan oleh penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan itu.


Menurutnya, dia tidak pernah memberikan keizinan kepada Noh untuk mengambil Musa ketika ia di bawah penjagaan Mizz Nin.


"Semua kenyataan dia (Noh) tidak benar dan saya dimanipulasi olehnya. Ketika dia minta saya menandatangani Statutory Declaration (SD), dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa. Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja, jadi saya izinkan dia menjaga Musa buat sementara.


"Disebabkan itu saya tandatangani SD (akuan berkanun) itu. Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain. Tiada Pesuruhjaya Sumpah.


"Saya tak tahu sah atau tidak ketika itu. Kemudiannya saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Jadi SD itu tidak sah," katanya.


Menurutnya, dia juga tidak tahu perancangan Noh untuk mengambil Musa ketika ketiadaan Mizz Nina dalam negara pada 19 Disember tahun lalu.


"Saya juga tak tahu dia merancang untuk mengambil Musa dan sebagainya. Jadi bila saya dengar kenyataan yang diberikan kepada media semalam dan kelmarin, saya terkejut kerana apa yang dia cakap semuanya tak betul.


"Saya mula pelik apabila dia menyuruh saya menyekat nombor telefon Nina. Jadi di sini niat saya hanya mahu memberitahu perkara yang betul selepas melihat apa yang berlaku sekarang ini," katanya.


Athira sekali lagi menegaskan dia menyerahkan penjagaan Musa hanya kepada Mizz Nina sejak dari awal lagi.


"Dari awal saya tandatangani surat penyerahan itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Nina adalah penjaga Musa yang sah," katanya.


Dalam pada itu, Athira kesal apabila nama penuhnya tersebar selepas dia meminta Noh membuat permohonan maaf pada 25 Januari lalu.


"Malah berkenaan gambar Musa dimuat naik di laman sosial, Noh tahu kami sudah berjanji untuk tidak mendedahkan wajahnya. Nina juga memuat naik gambar tanpa mendedahkan wajah Musa, jadi takkan dia tidak faham.


"Saya memang tak mahu muka Musa didedahkan, antara sebabnya saya menghormati Nina sebagai pempengaruh.


"Kemudian sekali lagi Noh mendedahkan nama penuh saya, sedangkan dia yang merancang semua ini. Saya geram dan berasakan diri ini seakan dipergunakan. Sekarang mangsanya adalah saya.


"Dia seolah-olah berdendam dengan saya apabila dia berbuat demikian, kalau dia betul-betul memohon maaf bukan itu caranya, malah sekarang rasanya dia sudah menyekat nombor telefon saya," katanya.


Sumber : Harian Metro

honey_yayan Publish time 7-2-2024 04:07 PM

lepas satu... satu {:8_646:}

Thunderclouds Publish time 7-2-2024 04:09 PM

Brapa byk tered nk bukak sehari pasal jadah ni hah!
Semak la vavi!

jijahmomon Publish time 7-2-2024 04:17 PM

anak pun blh kasi org...susah nak percaya ini orgg

Purplehaz Publish time 7-2-2024 04:33 PM

Berapa umur mak Musa Athira ni..nmpk komen mcm matured. Baik ko serah pada parents yg betul2 boleh jaga sendiri, jgn bg mostly masa pd bibik ..kalau bibik alim ok la.
Takpun ambik blk..eh boleh ker. Entahlah. Moga selesai baik la.

MyLadyMarmalade Publish time 7-2-2024 04:43 PM

Komen tiada kaitan dgn kes sebab masih membuat pembacaan :lol:

Awat dalam gambar tu noh nampak macam mawi?
{:8_631:}

noor2 Publish time 7-2-2024 04:46 PM

Cuba kalau noh tu pulak lagi tinggi level jutawan dari MN...agak2 ibu kandung Musa ni akan bg kenyataan mcm.ni x...ko bg anak ko kat depa tentu duit MN juga yg bayar kat ko kan...x kan ko bg free..tu kan sumber duit ko

freyayong Publish time 7-2-2024 04:49 PM

berapa byk thread da.. lepas sorg2 bg statement pastu buat thread.. eh semak la

ReginaGeorge Publish time 7-2-2024 04:49 PM

Padan muka kau. Siapa suruh bagi darah daging kat org lain. Berani buat berani tanggung. Dah syok2 main, keluar hasil.. bg kat org. Padan muka kena reveal nama.

aemon Publish time 7-2-2024 04:50 PM

Purplehaz replied at 7-2-2024 04:33 PM
Berapa umur mak Musa Athira ni..nmpk komen mcm matured. Baik ko serah pada parents yg betul2 boleh j ...

mana boleh ambik balik.nnt dia tak dapat la sumber duit dari anak jutawan dah.mak macam ni cam setan.ko buat anak tahu.bela tak mau.

KamikuP Publish time 7-2-2024 04:50 PM

bUKAK LE byk threwad ni bukak.. mohon bukak thread kokping ninja kepam sekali

melinda_kerr Publish time 7-2-2024 04:50 PM

aku lg kesian wife baru NH ni....nk aman2 hidup dgn suami tetiba ada kes mcm ni.. move on ajelah NH. kau ada isteri yg diberi tumpuan.

Manusiabesa Publish time 7-2-2024 05:07 PM

Jgn tkjut klo kokping yg reply statement ni besok..sbb kokping rjin sgt mewakili NH.... ada anak otisem ngn laki gila pun byk masa sgt nk jd terpaling savior NH...

awannano93 Publish time 7-2-2024 06:49 PM

Hurmm, tak tahu nk percaya kat cerita siapa. Sorang cakap mcm tu, sorang mcm ni. Pening akak

guesswho09 Publish time 7-2-2024 06:53 PM

noor2 replied at 7-2-2024 04:46 PM
Cuba kalau noh tu pulak lagi tinggi level jutawan dari MN...agak2 ibu kandung Musa ni akan bg kenyat ...

Itu la tu
cerita akan berbeza kalau noh
lagi berharta dari MN

anilanil Publish time 7-2-2024 07:00 PM

Ummi musa, amik balik je la anak ko tu utk kebaikan semua pihak. Full name pon dah release. Org kampung semua tahu. Hadapi la kehidupan susah senang bersama anak kandung. Ada je rezeki anak. Ntah camne ko bole harapkan rezeki org lain utk besarkan anak ko. Nampak mcm sihat fizikal & mental. Lain la ko OKU ke, pelarian ke, asnaf ke. Mampu guna smartphone bukan asnaf la ko ni.

matjerk Publish time 7-2-2024 07:02 PM

MyLadyMarmalade replied at 7-2-2024 04:43 PM
Komen tiada kaitan dgn kes sebab masih membuat pembacaan

Awat dalam gambar tu noh nampak maca ...

Aku pun nak komen yg sama

Nampak mcm mawi

Binodino Publish time 7-2-2024 07:02 PM

Noh pun awat la bitter dengan nina tu. Kau dah kahwin baru, ulit je la bini kau tu sampai keluar anak. Ini sibuk nakkan musa tu. Dah la masa kahwin dengan nina kau curang, kau lukakan hati dia. Ini kau nak berebut musa tu pulak dengan nina. Nina dah menyusukan budak tu, dia dah attached dengan budak tu. Dia dah jadi mahram ab'ad dengan budak tu. Kau tak perlu nak coparenting ke apa. Biar je nina & laki baru dia jaga. Kang kau sibuk nak jaga budak tu, terluka pulak hati bini kau. Kalau kau ada anak, kau akan jaga musa lagi ke?

alesandra Publish time 7-2-2024 07:02 PM

Haiyyoo acik2 porem lenkali ajar la anak tu kawen sekufu.kalo kawen pipit,enggang jadi la gini.bingit.....memekak tak habis2

noor2 Publish time 7-2-2024 07:03 PM

guesswho09 replied at 7-2-2024 06:53 PM
Itu la tu
cerita akan berbeza kalau noh
lagi berharta dari MN

I kenal satu family dato ni..anak betina dia garit lari ikut lelaki miskin biasa dan duk dgn family lelaki tu...tp dato tu siap bg kenyataan lelaki tu larikan anak perempuan dia....tp anak dia bgtau i laki tu x bersalah pun..sb dia yg nk pi duk rumah family lelaki tu sb x tahan perangai mak ayah dia...mentang2la lelaki tu miskin..org kebanyakan
Pages: [1] 2 3
View full version: "Saya Mula Pelik Apabila Dia Menyuruh Saya Menyekat Nombor Telefon Nina" - Ibu Kandung Musa Dakwa Noh Putar Belit Kenyataan


ADVERTISEMENT