sfhzuraz Publish time 7-2-2024 01:38 PM

Suami, isteri ada rekod jenayah, kad OKU - Khaw

Suami, isteri ada rekod jenayah, kad OKU - Khaw


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm7jayahs_1707283775.jpg
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin ditemui media pada Majlis Pelancaran Op Selamat 21/2024 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Plaza Tol Sungai Dua. FOTO DANIAL SAAD



Butterworth: Polis Pulau Pinang tetap meneruskan siasatan terhadap pasangan suami isteri yang menganggu penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang, dekat sini, meskipun salah seorang suspek dikatakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU).
Ketua Polis negeri Datuk Khaw Kok Chin, berkata ia memandangkan perbuatan kedua-dua suspek berkenaan tetap menjadi kesalahan.
"Berdasarkan semakan, suspek lelaki dan wanita ini ada tiga rekod jenayah lampau dan samaada suspek wanita ada masalah mental, kita akan semak termasuk juga status (pemegang kad OKU) yang hal ini kita sedang siasat.
"Bagaimanapun, dalam hal ini kita tegaskan bahawa salah tetap menjadi kesalahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Dua, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Khaw berkata, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan berhubung kes itu.
"Perintah reman selama empat hari sudah diperoleh bermula hari ini hingga 10 Februari (Sabtu ini) untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,"katanya.
Ditanya status sebenar hubungan kedua-dua suspek, Khaw berkata, pengesahan awal yang diterima bahawa mereka berdua adalah pasangan suami isteri.
"Namun maklumat terbaru kita peroleh, suspek lelaki ini sudah convert (memeluk) agama Islam manakala suspek wanita pula berbangsa Cina dan kalau ikut undang-undang apabila lelaki (Cina ) masuk Islam automatik isteri pun beragama Islam. Hal ini kita akan confirm (sahkan) kemudian," katanya.
Media semalam melaporkan dua suspek berusia 37 dan 50 tahun ditahan susulan video tular yang memaparkan kelakuan berbahaya pasangan berkenaan.


Disiarkan pada: Februari 7, 2024 @ 1:29pm


sumber




Pages: [1]
View full version: Suami, isteri ada rekod jenayah, kad OKU - Khaw


ADVERTISEMENT