sfhzuraz Publish time 7-2-2024 12:01 AM

Tahanan reman lima anggota polis MPV disambung tiga hari

Tahanan reman lima anggota polis MPV disambung tiga hari

06 Februari 2024 10:52pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/06/2528966.jpg
Laporan Sinar Harian pada Sabtu lalu.



GEORGE TOWN - Tahanan reman lima anggota polis Unit Pasukan Peronda (MPV) Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan membabitkan seorang pekerja kilang membabitkan kerugian RM4,500 dalam insiden di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam di sini disambung tiga hari lagi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 48 tahun dan reman mereka sepatutnya tamat hari ini namun pihaknya memohon ia disambung bagi melengkapkan siasatan.


"Kesemua mereka yang berpangkat lans koperal hingga sarjan itu disambung reman hingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan kes tersebut, kami sedang melengkapkan kertas siasatan itu.
"Seterusnya kertas siasatan akan diserah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.


Beliau berkata, kelima-lima anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Kok Chin juga berkata, pihaknya sedang memperinci langkah penukaran pegawai dan anggota yang sudah lama bertugas di sesuatu unit ke bahagian lain bagi mengelak daripada berlaku aktiviti rasuah serta pemerasan. - Bernama
sumber

Pages: [1]
View full version: Tahanan reman lima anggota polis MPV disambung tiga hari


ADVERTISEMENT