sfhzuraz Publish time 6-2-2024 11:24 PM

Hanya 17 daripada 87 pelatih lulus, terima Beret Ungu Paskal

Hanya 17 daripada 87 pelatih lulus, terima Beret Ungu Paskal


Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-02-06_22-55-51_1707231453.jpg
ABDUL Rahman memakaikan Beret Ungu kepada penuntut Paskal. FOTO Ihsan TLDM



Lumut: Hanya 17 daripada 87 pelatih Kursus Asas Pasukan Khas Laut (Paskal) Siri 73/23, berjaya lulus dan menerima Beret Ungu Paskal di Kapal Diraja (KD) Panglima Garang, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, hari ini.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, berkata kursus yang bermula 11 September tahun lalu itu pada awalnya disertai oleh seramai 87 pelatih, terdiri daripada seorang pegawai TLDM, 77 anggota lain-lain pangkat TLDM dan sembilan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Daripada jumlah itu, menurutnya, hanya 17 pelatih, terdiri daripada 14 anggota TLDM, dan tiga anggota APMM sahaja berjaya menamatkan kursus selama 16 minggu dengan empat peringkat membabitkan peringkat kem, hutan, laut dan paya.
"Ini jelas menunjukkan bahawa Paskal adalah sebuah pasukan yang sangat mengutamakan kualiti, serta hanya yang terbaik mampu bertahan dan lulus hingga ke peringkat akhir.
"Sistem latihan yang diterapkan sepanjang kursus ini bertujuan melahirkan anggota Paskal yang berwibawa, mampan dan terbaik sesuai dengan cogan kata Paskal itu sendiri iaitu 'Sentiasa Yang Terbaik," katanya ketika berucap selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Ungu Paskal, di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain, Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Ts Shamsuddin Ludin dan Panglima Paskal Laksamana Pertama Datuk Mohd Redzuan Talib.
Turut berlangsung, Penganugerahan Baret Kehormat Paskal yang ke-14 yang dianugerahkan kepada Abdul Rahman sebagai mengiktiraf kepimpinan, sumbangan, jasa yang telah dicurahkan beliau dalam pembangunan keupayaan operasi dan latihan, infrastruktur, kelengkapan dan pembangunan organisasi Paskal.
Selain itu, Abdul Rahman turut merasmikan tempat merempuh halangan dengan nama Rempuh Halangan ARBA 1989 yang baru siap dibina dengan tujuan meningkatkan fizikal dan mental anggota Paskal ke tahap maksimum.
Untuk rekod, pembinaan rempuh halangan itu bermula pada September tahun lalu dengan kos keseluruhan RM439,410.60.


Disiarkan pada: Februari 6, 2024 @ 10:57pm


sumber




Pages: [1]
View full version: Hanya 17 daripada 87 pelatih lulus, terima Beret Ungu Paskal


ADVERTISEMENT