sfhzuraz Publish time 6-2-2024 07:38 PM

Dua individu buat kacau atas Jambatan Pulau Pinang ditahan

Dua individu buat kacau atas Jambatan Pulau Pinang ditahan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
06 Februari 2024 07:08pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/06/2528656.jpg
Tangkap layar klip video yang tular memaparkan kedua-dua saspek yang menaiki motosikal menghayun pisau kepada penunggang motosikal yang memotong mereka di Jambatan Pulau Pinang.



BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kedua-dua suspek yang berusia 30-an dan 50-an itu ditahan pada Selasa di George Town.


Menurutnya, mereka ditahan selepas polis mengesan satu klip video tular di laman sosial Facebook yang dimuat naik di akaun @faizul jojoe pada jam 12.30 Selasa.
"Di dalam video itu, ia memaparkan dua individu iaitu lelaki dan wanita sedang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan berbahaya apabila pembonceng motosikal (wanita) bertindak membaling satu objek disyaki pasir serta cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikal dinaiki mereka.


"Kejadian disyaki berlaku di Jambatan Pulau Pinang dari arah George Town ke Perai dalam daerah SPT," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Helmi berkata, semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga kes berkaitan jenayah pada tahun 2021 dan 2023 namun tidak dikehendaki.
"Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita masih menyiasat hubungan kedua-dua suspek selain menyiasat sama ada mereka mempunyai masalah mental. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok untuk permohonan reman," katanya.



Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian ini diminta supaya tampil untuk membantu siasatan.
"Jika ada, maklumat boleh disalurkan di Ibupejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.


Sebelum ini, tular satu klip video memaparkan dua individu dipercayai suspek sama menghayun pisau kepada penunggang motosikal yang memotong mereka di Jambatan Pulau Pinang.
Dua individu buat kacau atas Jambatan Pulau Pinang ditahan - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Dua individu buat kacau atas Jambatan Pulau Pinang ditahan


ADVERTISEMENT