sfhzuraz Publish time 6-2-2024 05:29 PM

KPDN nafi rampas petrol di Teluk Kumbar

KPDN nafi rampas petrol di Teluk Kumbar

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
06 Februari 2024 03:11pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/06/2528144.jpg
Jegan



BUKIT MERTAJAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menafikan merampas minyak petrol yang dijual dalam botol di sekitar Teluk Kumbar seperti dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini.
Sebaliknya Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan berkata, pihaknya masih menggunakan budi bicara dan memahami isu dihadapi oleh pengguna di kawasan berkenaan yang mendakwa stesen minyak jauh untuk membuat isian.


Beliau berkata, penjualan minyak petrol dalam botol sememangnya menyalahi undang-undang malah berisiko untuk berlaku sebarang insiden yang tidak diingini kerana ia mudah terbakar.
"Memang kita ada lakukan pemeriksaan dan advokasi selepas mendapat maklumat berkaitan 11 lokasi penjualan petrol dalam botol di sekitar Teluk Kumbar serta Gertak Sanggul.


“Kita faham kesukaran dihadapi penduduk di kawasan berkenaan sebab itu tiada tindakan undang-undang diambil sebaliknya kita memberi nasihat dan maklumkan mengenai risiko keselamatan kerana ia bahan mudah terbakar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai dakwaan KPDN melakukan serbuan ke atas beberapa premis yang menjual petrol dalam botol di Teluk Kumbar.
Difahamkan petrol yang diisi dalam botol dengan belian asal RM3 dijual kepada penduduk sekitar pada harga RM5.
Dalam pada itu, Jegan berkata, pihaknya kini dalam peringkat perbincangan dengan syarikat minyak untuk mengkaji kesesuaian membuka stesen minyak di kawasan Teluk Kumbar.



Katanya, beberapa syarikat minyak sedang membuat analisa berhubung pembukaan stesen minyak di Teluk Kumbar kerana ia membabitkan modal besar.
"Pembukaan stesen minyak baharu adalah pelan penyelesaian jangka panjang yang dicadangkan KPDN, namun kita tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengusaha berbuat demikian kerana ia membabitkan modal individu tersebut," katanya.
sumber

Pages: [1]
View full version: KPDN nafi rampas petrol di Teluk Kumbar


ADVERTISEMENT