mattzzx Publish time 5-2-2024 05:57 PM

Pokok Sena, Sik dan Baling alami cuaca panas tahap berjaga-jaga

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HGBV_1707109054.jpg
Orang ramai dinasihatkan minum banyak air ketika melakukan tugas di kawasan luar berikutan cuaca panas di tiga daerah di Kedah. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: Tiga daerah di Kedah kini mengalami mengalami cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) sejak semalam.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, ia membabitkan Pokok Sena, Sik dan Baling.

"Suhu maksimum harian di daerah terbabit adalah antara 35 hingga 37 darjah Celcius, sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut sejak semalam," katanya dihubungi, hari ini.

Muhammad Khalil berkata, cuaca panas ini dijangka berterusan hingga hujung Mac atau awal April apabila fasa peralihan monsun berlaku.



"Elakkan terdedah kepada cuaca panas ketika ini dan jika tiada urusan di luar, duduk saja di rumah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1057736/pokok-sena-sik-dan-baling-alami-cuaca-panas-tahap-berjaga-jaga
Pages: [1]
View full version: Pokok Sena, Sik dan Baling alami cuaca panas tahap berjaga-jaga


ADVERTISEMENT