sfhzuraz Publish time 5-2-2024 03:28 PM

Pemuda didakwa edar 16kg kanabis

Pemuda didakwa edar 16kg kanabis

05 Februari 2024 02:31pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/05/2526742.jpg
Kompleks Mahkamah Kangar



KANGAR - Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan mengedar 16 kilogram (kg) kanabis di Padang Besar pada 24 Januari lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Muhammad Helmiee Azmi, 23, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.


Mengikut pertuduhan, Muhammad Helmiee dituduh mengedar dadah itu berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand di Kampung Melayu, Padang Besar pada jam 7.20 pagi, 24 Januari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.


Mahkamah menetapkan 1 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama
Pemuda didakwa edar 16kg kanabis - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Pemuda didakwa edar 16kg kanabis


ADVERTISEMENT