sfhzuraz Publish time 5-2-2024 02:28 PM

'Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis'

'Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis'


Oleh Hamzah Osman - Februari 5, 2024 @ 2:24pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1707112114_1707114242.jpg
Jamalliah, 62, dan dua anaknya, Sarimah, 35, (kanan) dan Salwana Mohd Salleh, 26, (kiri) menunjukkan gambar Mohd Hafiz dan laporan polis yang dibuat ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Belibis, Langkawi. - Foto NSTP/HAMZAH OSMAN



LANGKAWI: "Saya tak lena tidur selagi belum mendapat penjelasan daripada pihak polis mengenai kejadian sebenar sehingga arwah koma dan mati," kata Jamalliah Zain, ibu kepada lelaki yang maut ketika ditahan anggota polis, Mohd Hafiz Salleh, 31.
Mohd Hafiz yang didakwa suspek kesalahan narkotik dilaporkan koma dan terlantar dalam wad di Hospital Sultanah Maliha (HSM) selepas ditahan polis pada Isnin, sebelum meninggal dunia pada tengah hari Khamis lalu.
Jamalliah, 62, berkata pada waktu siang hari kejadian, anak lelakinya itu dalam keadaan sihat dan kedua-kedua mereka sempat berbual beberapa perkara berkaitan urusan keluarga.
"Jadi, makcik dan anak-beranak masih kabur dan bingung kenapa polis belum memaklumkan hasil siasatan dan punca kematian arwah (Mohd Hafiz) yang ada kesan luka atas kening, mata lebam dan kesan calar di dada.
"Sudah genap seminggu kejadian berlaku, makcik tidak lena tidur walaupun arwah sudah dikebumikan, kami sekeluarga hanya mahu tahu hasil siasatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belibis di sini, hari ini.
Kakak mangsa, Sarimah, 35, berkata dia dan keluarga memerlukan hasil siasatan polis bagi membolehkan mereka merancang tindakan susulan mengikut saluran undang-undang sedia ada.
"Sehingga kini, kami membuat sekurang-kurangnya dua laporan polis dengan yang pertama berkaitan tangkapan polis terhadap arwah sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital dan kedua, laporan kematian.
"Kami ada bertanya kepada pihak polis (bagaimana kejadian berlaku) secara lisan, tapi jawapan diberikan tidak sama sepertimana paparan dalam rakaman video yang tular dan ia menimbulkan lebih banyak tanda tanya," katanya.
Adik mangsa, Salwana, 26, pula berkata tiada ahli keluarga mereka yang terbabit dalam rakaman dan penularan video kejadian penahanan ke atas arwah oleh sepasukan anggota polis di sebuah stesen minyak yang tular di media sosial.
"Berdasarkan video, arwah abang dilihat dipukul beramai-ramai dipercayai anggota polis, jadi saya merayu pihak polis siasat dengan telus dan hasil siasatan mesti dimaklumkan kepada kami sekeluarga," katanya.
Media semalam melaporkan, seorang lelaki meninggal dunia di HSM selepas dua hari bertarung nyawa susulan penahanannya oleh sepasukan anggota polis di sebuah setesen minyak di Jalan Ayer Hangat pada Isnin.
Mangsa meninggal dunia di HSM pada tengah hari Khamis lalu, sebelum jenazah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan dibawa pulang serta dikebumikan di kampung halamannya tengah malam hari sama.
'Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis' (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: 'Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis'


ADVERTISEMENT