mattzzx Publish time 5-2-2024 01:07 PM

4 lelaki diberkas ‘sedut’ 81,400 minyak diesel subsidi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/lori-seludup-diesel-subsidi.jpeg
LORI yang dirampas ketika sindiket cuba menyeludup dengan memindahkan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Plentong, Masai, Johor Bahru, Selasa lalu.

JOHOR BAHRU – Kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi sebanyak 81,400 liter yang dianggarkan bernilai lebih RM175,000 berjaya dipatahkan setelah sebuah premis di Kawasan Perindustrian Plentong, Masai di sini diserbu polis, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, dalam serbuan pada pukul 9.30 malam itu, polis telah menahan empat lelaki tempatan berusia 32 sehingga 43 tahun.

Katanya, ketika serbuan dijalankan, kesemua suspek sedang memindahkan diesel dari tangki masuk ke dalam lori tangki dan dari lori ke dalam tangki jenis IBC di premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga jenis tangki dan tiga jenis tangki IBC yang dipercayai mengandungi diesel bersubsidi berjumlah 81,400 liter.

“Selain itu terdapat lima buah pam beserta meter, tiga pam tidak bermeter dan hos yang disambungkan dengan beberapa buah lori,” katanya dalam kenyataan.

Kumar berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk diesel bersubsidi adalah berjumlah RM920,022.

Katanya, empat suspek tersebut ditahan bagi membantu siasatan lanjut dijalankan.

“Hasil semakan lampau mendapati dua daripada suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis Johor akan terus membanteras kegiatan penyeludupan diesel dan menasihatkan mereka yang masih terlibat agar menghentikan aktiviti ini kerana pihak polis tidak akan berkompromi serta akan terus menjejaki mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02/05/4-lelaki-diberkas-sedut-81400-minyak-diesel-subsidi/
Pages: [1]
View full version: 4 lelaki diberkas ‘sedut’ 81,400 minyak diesel subsidi


ADVERTISEMENT