mattzzx Publish time 5-2-2024 10:51 AM

Balu Pak Jabit bergantung hidup mesin oksigen

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/Pak-Jabit-balu-mesin-oksigen.jpg?v=1707040088
RAJA Maharani bergantung hidup sepenuhnya dengan mesin oksigen di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang. Abdul Khalid menunjukkan anugerah yang dimenangi arwah bapanya.

TEMERLOH – Isteri kepada pelakon terkenal dengan watak Pak Jabit, Raja Maharani Raja Jaafar terpaksa bergantung hidup de­ngan mesin oksigen selama 24 jam sejak Disember tahun lalu kerana menghidap masalah paru-paru selepas mengalami batuk berpanjangan.

Raja Maharani, 70, yang merupakan isteri kepada Allahyarham Abdul Kadir Abdul Manaf kini dijaga anaknya, Abdul Khalid Putera Abdul Kadir, 33, di Kampung Rantau Panjang, Lanchang, di sini.

Ketika ditemui Kosmo!, Raja Maharani mengakui tidak selesa dengan pemakaian tiub di hidung sepanjang masa, namun lega kerana dapat bernafas dengan baik berbanding sebelum ini.

“Dahulu jalan keluar rumah pun sudah rasa semput, terba­ring dan selalu kena pergi klinik mendapatkan bantuan oksigen.

“Sekarang ini boleh pergi ke tandas sendiri dan tahap ­oksigen dalam badan pun semakin baik sejak pakai mesin,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, penyakit ibunya mula dikesan pada Ogos tahun lalu sebelum disarankan menggunakan mesin oksigen sekurang-kurangnya 15 jam sehari.

“Buat masa ini, kami adik-beradik menyewa mesin ini daripada farmasi pada kadar RM320 sebulan dan pembelian mesin baharu dianggarkan kira-kira RM4,000.

“Selain memerlukan susu khas, dia berdepan pelbagai cabaran antaranya apabila bekalan elektrik terputus, sebab me­sin oksigen perlu dipasang sepanjang masa,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu.

Tambahnya, buat masa ini segala perbelanjaan ditanggung bersama adik-beradiknya dan dalam proses untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkaitan untuk ibunya.

Sebelum ini Allahyarham Abdul Kadir meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lanchang ketika berusia 68 tahun pada 7 September 2017 akibat masalah jantung.

Pak Jabit terkenal menerusi lakonannya dalam siri filem-filem komedi arahan Allahyarham Mamat Khalid antaranya Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu

Kak Limah Balik Rumah serta telefilem seperti Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh meng­hubungi Abdul Khalid di talian 013-380 4822.
https://www.kosmo.com.my/2024/02/05/balu-pak-jabit-bergantung-hidup-mesin-oksigen/
Pages: [1]
View full version: Balu Pak Jabit bergantung hidup mesin oksigen


ADVERTISEMENT