mattzzx Publish time 4-2-2024 05:39 PM

Taktik jadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko gagal

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/koko_1707038197.jpg
KUMAR menunjukkan serbuk ekstasi seakan serbuk koko yang ditumpaskan polis dalam dua serbuan, Isnin lalu. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik menjadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko berjaya ditumpaskan polis dalam dua serbuan, Isnin lalu.

Selain itu, sindiket terbabit turut membungkus semula dadah ke dalam paket minuman berperisa sebagai salah satu cara bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam dua serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi, 29 Januari lalu, lima lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 31 tahun berjaya ditahan.

Beliau berkata, pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1.81 juta turut dirampas.



"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjadikan rumah yang disewa sebagai stor penyimpanan serta pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan sama ada kegunaan peribadi atau ke pusat-pusat hiburan.

"Sindiket ini sudah aktif beroperasi sejak Julai 2023," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Menurutnya, polis berjaya merampas 23.68 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 997.4 gram ketamin, 193.5 gram ganja, 1,490 pil erimin 5 dan 41 pil ekstasi selain pelbagai peralatan membungkus serbuk ekstasi.

"Semua dadah ini boleh digunakan oleh 85,658 penagih jika ia terlepas ke pasaran.

"Kita turut menyita dua kereta," katanya.

Kumar berkata, hasil saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif ketamin, manakala hasil semakan rekod mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Katanya, semua suspek direman tujuh hari hingga esok bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1057539/taktik-jadikan-serbuk-ekstasi-seakan-serbuk-koko-gagal
Pages: [1]
View full version: Taktik jadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko gagal


ADVERTISEMENT