mattzzx Publish time 4-2-2024 05:35 PM

KADA hilang 11,000 hektar tanah padi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kadapeasair1_1707034250.jpg
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kota Bharu: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kehilangan kawasan padi seluas 11,000 hektar dalam tempoh 52 tahun.

Pengurus Besar KADA, Mohd Faizul Mustafa, berkata kehilangan kawasan padi itu disebabkan pembangunan termasuk pembinaan rumah dan jalan.

Katanya, KADA adalah jelapang kedua terbesar negara dengan keluasan padi 26,664 hektar namun pengurangan berlaku sebanyak 11,000 hektar berbanding kawasan asal pada 1972 adalah seluas 37,670 hektar.

"Pengurangan kawasan ini disebabkan faktor pembangunan komersil, pembinaan kediaman, jalan dan sebagainya.



"Hasil purata yang direkodkan sepanjang 2018 hingga 2022 menunjukkan pengeluaran padi di kawasan KADA sudah menyumbang antara 10 hingga 11 peratus hasil pengeluaran padi setahun negara," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, KADA tidak mempunyai kuasa sekiranya pemilik mahu mengubah syarat tanah padi kepada tanah pembangunan.

"Jika ada di kalangan mereka mahu membina rumah dan sebagainya, kita tidak boleh elak. Namun alternatif yang kita lakukan adalah mengenal pasti kawasan tertentu yang boleh ditambah menjadi kawasan padi.

"Namun kita akui alternatif ini bukan mudah kerana setiap kawasan yang mahu dibangunkan sebagai kawasan padi perlu ada infrastruktur yang mencukupi serta pengairan yang baik dan semestinya membabitkan modal yang besar.

"Pada masa sama, KADA juga sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri supaya status tanah padi tidak boleh diubah kepada status pembangunan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1057513/kada-hilang-11000-hektar-tanah-padi
Pages: [1]
View full version: KADA hilang 11,000 hektar tanah padi


ADVERTISEMENT