sfhzuraz Publish time 3-2-2024 10:25 PM

Bas Rapid Penang terbakar

Bas Rapid Penang terbakar

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
03 Februari 2024 09:15pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/03/2524995.jpg
Anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran.



GEORGE TOWN - Tindakan pantas pemandu bas Rapid Penang yang mengarahkan semua penumpangnya keluar daripada bas selepas menyedari enjin berasap menyelamatkan nyawa mereka daripada kejadian tidak diingini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.05 petang pada Sabtu berhampiran Balai Polis Pulau Tikus di Jalan Burma dekat sini sebelum bas bernombor 101 yang sedang menghala ke Jeti musnah terbakar.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.10 petang.
Menurutnya, ketika pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati kebakaran bas Rapid terbakar di bahagian belakang termasuk enjin.


“Pemeriksaan mendapati anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah 50 peratus” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam satu kenyataan memaklumkan ketika kejadian terdapat 20 orang penumpang di dalam bas terbabit.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/03/2524994.jpg
Api marak menyebabkan struktur bas berkenaan hampir musnah.



"Kapten bas yang telah dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan luar jangka seperti ini bertindak pantas untuk memberhentikan bas bagi menurunkan penumpang serta cuba mengawal api daripada merebak menggunakan peralatan pemadam api yang terdapat di dalam bas.



"Kapten bas dan kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kerosakan pada harta benda awam," katanya.
Dalam pada itu, pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian ini dan akan memberikan kerjasama kepada pihak bomba bagi menjalankan siasatan sepenuhnya ke atas punca kebakaran.
Bas Rapid Penang terbakar - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Bas Rapid Penang terbakar


ADVERTISEMENT