mattzzx Publish time 3-2-2024 01:55 PM

Saya akan tentukan Ketua Polis keluar kontinjen, daerah -Razarudin

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/raza.jpeg
Razarudin mahu segala arahan dari Bukit Aman disampaikan kepada seluruh anggota dan pegawai. FOTO ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan tindakan bakal dikenakan terhadap Ketua Polis Kontinjen dan Ketua Polis Daerah sekiranya segala arahan Bukit Aman tidak disampaikan kepada anggota dan pegawai bawahan mereka.

“Segala arahan, Tatacara pengendalian piawai (SOP), dasar daripada Bukit Aman perlu sampai ke bawah.

“Sekiranya saya, Timbalan KPN mahupun Pengarah turun bertanyakan mengenai arahan yang disampaikan tetapi tidak dipanjangkan oleh Ketua Polis (KP) dan Ketua Polis Daerah (KPD).

“Saya akan tentukan KP keluar dari kontinjen, keluar daerah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika Amanat KPN sempena Perjumpaan Khas bersama Kepimpinan Tertinggi PDRM dan KPD Semenanjung Malaysia di Maktab PDRM Cheras, di sini, Selasa lalu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Razarudin mahu pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar bertanggungjawab dalam menyelia pegawai dan anggota polis secara menyeluruh.

“Kita perlu menjaga tepi kain, pasal orang (masyarakat) melihat melalui kita (polis) dengan gajet dan dashcam.

“Kita jangan jadi bodoh sangatlah kerana ini bukan tahun-tahun dahulu. Sekarang ini, visi, misi kita dengan logo tangan bersalaman, amalan anti rasuah, polis dan masyarakat berpisah tiada semua ada,” ujarnya.

Razarudin berpendapat bahawa anggota mahupun pegawai yang terlibat salah laku tidak sepatutnya berada dalam perkhidmatan kerana telah mencalarkan imej PDRM. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02/03/saya-akan-tentukan-ketua-polis-keluar-kontinjen-daerah-razarudin/
Pages: [1]
View full version: Saya akan tentukan Ketua Polis keluar kontinjen, daerah -Razarudin


ADVERTISEMENT