mattzzx Publish time 3-2-2024 12:01 PM

Kawalan keselamatan di Depoh Tahanan Imigresen Ajil diperketat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pati_%281%29_1706929826.jpg
AZHAR (kiri) ketika memeriksa warga asing yang ditahan dalam operasi kutip dan belanja di Jerteh, semalam. FOTO/ Baharom Bakar

Jerteh: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri akan memperketatkan tahap kawalan dan keselamatan di depoh tahanan di Ajil, Kuala Berang.

Pengarah Imigresen negeri, Azhar Abd Hamid berkata, depoh berkenaan mempunyai kapasiti seramai 900 pendatang asing tanpa izin (Pati), bagaimanapun, ketika ini seramai 552 ditempatkan di depoh berkenaan.

"Pengurusan Depoh Tahanan Imigresen Ajil sudah diminta memperketatkan tahap kawalan dan keselamatan bagi mengelak insiden Pati meloloskan diri.

"Kita sudah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, terutama pertingkatkan kawalan," katanya kepada media selepas mengetuai operasi kutip dan belanja di beberapa kawasan di Jerteh, Besut, semalam.



Beliau mengulas langkah keselamatan yang akan dilakukan di Depoh Tahanan Imigresen Ajil susulan insiden 131 Pati terdiri daripada etnik Rohingya dan Myanmar lolos selepas merusuh dengan bertindak agresif merosakkan pagar depoh Imigresen Sementara Bidor, Perak, pada Khamis.

Sementara itu, dalam operasi selama 12 jam bermula jam 7 pagi itu, seramai 154 warga asing ditahan yang mana seramai 25 dikenakan tindakan atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri, tinggal melebihi masa dan melanggar syarat pas.

Operasi membabitkan 26 pegawai imigresen dari Kuala Terengganu dan Besut.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1057051/kawalan-keselamatan-di-depoh-tahanan-imigresen-ajil-diperketat
Pages: [1]
View full version: Kawalan keselamatan di Depoh Tahanan Imigresen Ajil diperketat


ADVERTISEMENT