mattzzx Publish time 3-2-2024 11:19 AM

F1: Hamilton akui buat keputusan paling sukar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/LEWIS-HAMILTON-1-e1706863013627.jpg
HAMILTON menyertai Mercedes untuk tempoh 11 musim dan berjaya merangkul enam gelaran juara dunia bersama pasukan itu. - AFP

LONDON – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengakui keputusannya meninggalkan pasukan Mercedes adalah yang paling sukar pernah dilakukannya sepanjang berada dalam karier perlumbaan berprestij di dunia tersebut.

Hamilton yang menghabiskan 11 tahun bersama Mercedes telah mengaktifkan klausa pembatalan kontrak setahun lebih awal bersama pasukan berpangkalan Brackley, England tersebut untuk membolehkannya menyertai pasukan Ferrari bermula musim 2025.

Sebelum ini, pemandu kelahiran Britain telah menutup spekulasi soal perpindahannya apabila telah memperbaharui kontrak dua tahun bersama pasukan Silver Arrows tahun lalu untuk membolehkannya meraih pendapatan £50 juta pound (RM300 juta) setahun.

Bagaimanapun, semuanya sudah terlerai apabila Mercedes juga telah mengesahkan berkenaan keputusan Hamilton untuk menyertai pasukan pesaingnya itu bermula tahun depan untuk menggantikan tempat Carlos Sainz dan menjadi rakan sepasukan Charles Leclerc.

“Melalui 11 tahun yang menakjubkan bersama pasukan ini, saya sangat bangga dengan apa yang kami capai bersama. Mercedes menjadi sebahagian besar hidup saya sejak umur 13 tahun lagi.

“Membuat keputusan untuk berpisah adalah salah satu keputusan terberat yang pernah saya buat. Tetapi, inilah masanya untuk mengambil langkah ini dan saya teruja menghadapi cabaran baru.

“Saya komited 100 peratus untuk memberikan yang terbaik pada musim ini dan saya mahu menjadikan tahun terakhir saya bersama pasukan Silver Arrows paling diingati,” kata Hamilton.

Sementara itu, ketua pasukan Mercedes, Wolff berkata, dia menerima keputusan Hamilton untuk menyertai pasukan pencabarnya itu dan mereka perlu bersiap sedia mencari pengganti terbaik pada 2025 nanti.

“Hubungan kami dengan Lewis (Hamilton) telah menjadi yang paling berjaya dalam sukan ini dan itu sesuatu yang kami boleh bangga. Lewis akan sentiasa menjadi bahagian penting dalam sejarah sukan permotoran Mercedes.

“Bagaimanapun, kami tahu kerjasama ini akan berakhir dan hari itu kini telah tiba. Kami menerima keputusan Lewis untuk mencari cabaran baru. Kami masih mempunyai satu musim lagi dan kami menumpukan pada perlumbaan untuk memberikan yang terbaik pada 2024 ini,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02/03/f1-hamilton-akui-buat-keputusan-paling-sukar/
Pages: [1]
View full version: F1: Hamilton akui buat keputusan paling sukar


ADVERTISEMENT