sfhzuraz Publish time 2-2-2024 04:20 PM

Dapat makan 12 kali sehari, Pulau Pinang jadi sasaran gelandangan luar

Dapat makan 12 kali sehari, Pulau Pinang jadi sasaran gelandangan luar


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gelandangan_1706859896.jpg
GELANDANGAN yang menghadiri program di Pusat Transit Gelandangan (PTG) Jalan Magazine, di sini. FOTO Zuhainy Zulkiffli.



Georgetown: Pulau Pinang dijangka menjadi tumpuan golongan gelandangan seperti pengemis dan kutu rayau dari luar yang menjalankan aktiviti sepanjang musim cuti sekolah yang bakal menjelang.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, Zakaria Taib berkata kebimbangan itu susulan jumlah gelandangan yang diselamatkan agensi berkenaan pada operasi yang lalu.
Katanya, ekoran negeri ini menjadi tumpuan pengunjung pada musim cuti, ia mendorong sekumpulan individu datang ke Pulau Pinang khususnya bagi mendapatkan wang dan makanan.
"Menerusi operasi bersepadu yang dijalankan ketika cuti sekolah pada Disember lalu, seramai 316 gelandangan termasuk kutu rayau dan pengemis diselamatkan di mana kebanyakannya terdiri daripada individu luar daripada Pulau Pinang termasuk Melaka dan Johor.
"Mungkin kali ini ia meningkat sebanyak 10 peratus namun jumlahnya kita tidak pasti. JKM dan beberapa agensi akan terus menjalankan operasi menyelamat secara berkala bagi mengekang aktiviti itu.
"Kita bimbang jika ia turut membabitkan sindiket meraih wang disertai kanak-kanak atau pelajar tahfiz dan kemungkinan itu, ada ," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Zakaria berkata, kebanyakan golongan itu kini tidak lagi tertumpu di lokasi panas (hotspot) seperti Terminal Bas Komtar dan Jalan Masjid Kapitan Keling tetapi beberapa lokasi tumpuan orang ramai.
Katanya, menerusi operasi menyelamat yang lalu, terdapat gelandangan dari luar Pulau Pinang mendakwa negeri ini 'mewah' dengan makanan dan dianggap sebagai 'syurga makanan' dalam kalangan mereka.
"Mereka mendakwa dapat makan sehingga 12 kali sehari hasil makanan yang diberi orang ramai dan sumbangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).
"Terdapat juga sekeluarga gelandangan tempatan seperti di Jalan Masjid Kapitan Keling yang mendakwa sudah begitu sejak beberapa generasi," katanya lagi.
Mengulas lanjut Zakaria berkata, bagi mengekang aktiviti itu, JKM tidak menggalakkan orang ramai atau pihak termasuk NGO, memberi makanan secara percuma kepada gelandangan kerana ia mengundang lebih ramai golongan itu di kawasan berkenaan.
"Kita memang tidak galakkan orang ramai beri makanan (kepada gelandangan) tambahan pula Ramadan yang bakal menjelang yang mana makanan diberi sebagai sedekah.
"Sebaiknya makanan itu diserah kepada PTG dan ia akan diedar kepada penghuninya,"


Disiarkan pada: Februari 2, 2024 @ 3:46pm


Dapat makan 12 kali sehari, Pulau Pinang jadi sasaran gelandangan luar (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Dapat makan 12 kali sehari, Pulau Pinang jadi sasaran gelandangan luar


ADVERTISEMENT