sfhzuraz Publish time 2-2-2024 02:19 PM

Serah isu asrama warga asing kepada jawatankuasa bantahan, pemaju

Serah isu asrama warga asing kepada jawatankuasa bantahan, pemaju

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
02 Februari 2024 01:46pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/02/02/2522989.jpg
Chow Kon Yeow. Foto Bernama



GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing Teluk Kumbar dan pemaju untuk membincangkan mengenai bantahan projek asrama warga asing di Teluk Kumbar, Bayan Lepas.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat selepas pertemuan kerajaan negeri bersama wakil jawatankuasa bertindak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz serta Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Chik pada pagi Jumaat.


Menurutnya, ini berikutan jawatankuasa bantahan itu hanya membantah lokasi projek asrama berkenaan dan bukannya konsep pembinaan asrama pekerja yang telah menjadi keperluan undang-undang di Malaysia.
"Mengikut jawatankuasa bantahan, mereka hanya membantah lokasi asrama ini iaitu di Teluk Kumbar dan bukannya membantah ia dibangunkan.


"Mereka ada menyatakan beberapa alasan bantahan mereka ini antaranya masalah kesesakan lalu lintas, isu sosial apabila kemasukan pekerja asing dalam jumlah yang ramai di kawasan itu.
"Setelah perbincangan, kerajaan negeri menyerahkan isu ini kepada pemaju dan jawatankuasa bantahan untuk masing-masing mengambil tindakan sewajarnya," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di sini pada Jumaat.
Tambah Kon Yeow, terdapat dua projek yang berlainan berhubung projek asrama pekerja asing yang mana, salah satunya belum diluluskan.
"Projek asrama pekerja asing berkapasiti 22,000 penduduk yang dikatakan akan dibina di Teluk Kumbar sebenarnya belum mengemukakan sebarang permohonan kebenaran merancang.



"Permohonan yang diluluskan adalah projek asrama pekerja asing di Teluk Kumbar yang berkapasiti 7,000 penduduk.
"Bagaimanapun, harus diingat, walaupun ia diluluskan, ia akan disusuli dengan pelbagai syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju," katanya.







Beliau berkata lagi, Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan kelulusan kebenaran merancang yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung projek asrama pekerja asing di Teluk Kumbar.
"SPC hanya boleh membuat keputusan mengenai pengezonan semula tanah untuk pembangunan.
"Yang menerima permohonan kebenaran merancang dan akan meluluskannya adalah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)," katanya.
Kon Yeow menambah, kerajaan negeri tidak boleh menghalang pemilik tanah daripada mengemukakan permohonan kebenaran merancang bagi mana-mana projek termasuk asrama pekerja asing.
"Kerajaan negeri juga tidak boleh campur tangan dalam kelulusan perancangan yang diberikan oleh MBPP kerana kelulusan ini diberikan mengikut garis panduan.ajlis.
"Cadangan asrama pekerja asing di Teluk Kumbar tiada dalam draf rancangan tempatan.
"Ini adalah syarat baharu untuk membina asrama pekerja asing, jadi tidak ada dalam draf rancangan tempatan.
"Rancangan tempatan hanya menetapkan zon penggunaan tanah seperti kediaman, komersial atau perindustrian. Asrama pekerja asing boleh dikategorikan sebagai komersial," katanya.
Sebelum ini, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman bagi membantah serta mendesak Kerajaan Pulau Pinang untuk segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 pekerja asing di kawasan tersebut.
Serah isu asrama warga asing kepada jawatankuasa bantahan, pemaju - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Serah isu asrama warga asing kepada jawatankuasa bantahan, pemaju


ADVERTISEMENT