CARI-HBZ Publish time 1-2-2024 07:37 PM

Erra Fazira Tak Mahu Engku Elisya Tanggung Nasib Sama Sepertinya - "Saya Dibesarkan Ibu Tunggal Dan Tidak Dapat Kasih Sayang Bapa"

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/01/193234tciroj7o7mrjlzoz.png





Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira tidak mahu satu-satunya anak tunggal hasil perkahwinan dengan bekas suami, Engku Emran iaitu Engku Elisya menerima kurang kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202402/01/193311qvvrvddirv7qvqqz.png



Ketika ditemui OhBulan!, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek berkata dia tidak mahu anaknya itu merasai nasib sama sepertinya yang tidak menerima belaian daripada seorang bapa.


"Saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak dapat kasih sayang bapa sebab itu saya nekad mahu anak saya (Elisya) dapat kasih sayang kedua-duanya sekali.


"Saya sebagai ibu tidak mahu menggangu proses pembesarannya. Dia berhak untuk hidup bahagia".


Erra berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Nasi Lemak Kopi O yang diadakan di Bangsar Shopping Centre, pada Rabu.


Melanjutkan bicara, aktres berusia 50 tahun itu turut mengulas mengenai isu perebutan anak yang berlaku dalam kalangan selebriti.


Menurutnya, salah seorang antara ibu atau bapa hendaklah mengalah dan menurunkan ego agar tidak memberi kesan yang buruk terhadap anak mereka.


"Ibu bapa perlu rendahkan ego masing-masing dan beri keutamaan kepada kebahagiaan anak selepas bercerai.


"Bila bercerai keadaan memang tegang bila babitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan yang bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi dan kena fikir lebih soal anak.


"Salah seorang juga kena mengalah dalam hal yang membabitkan soal penjagaan anak ini supaya tidak beri tekanan kepada mereka".


Tambah pelantun lagu Pasrah itu, orang luar juga tidak perlu mengetahui isu pergaduhan sesebuah rumah tangga di media sosial.


"Susah dan senang kita tak perlu tunjuk pada orang. Ini kerana media sosial akan menggambarkan siapa diri kita yang sebenarnya kepada orang luar. Contohnya, kebahagiaan dan kesakitan kita tak perlu pun satu dunia tahu".


https://www.instagram.com/p/C2hW1H8Sd-V/


Sekadar info, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penyanyi, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.


Erra kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.


Namun, bahtera rumah tangga yang dibina tidak kekal lama apabila mereka bercerai selepas tujuh tahun.



Sumber : OhBulan

missHaidiD Publish time 1-2-2024 07:41 PM

Ngai sila baca.

rainbowrainz Publish time 1-2-2024 07:44 PM

Kaka erra uols nya munafikun makin terbukak sudehhh lama2.. kowserrrr nyahhh

Yaya04 Publish time 1-2-2024 07:45 PM

Jd? mana bahan gosipnya?

naina Publish time 1-2-2024 07:48 PM

Masyaallah cantiknya dia diusia hampir 50-an..jelita sungguh

aliceinwonder Publish time 1-2-2024 07:58 PM

Suka la tgk cara erra besarkan anak dia Aleesya ni nampak sopan santun beradab org nya.. nmpk mcm budak baik x nmpk mcm remaja yg x sbar2 nak jadi tua if u know what i mean

Belibis Publish time 1-2-2024 08:31 PM

Kenapa suami terkini tiada dalam artikel??

Tunakimchi Publish time 1-2-2024 08:49 PM

Belibis replied at 1-2-2024 08:31 PM
Kenapa suami terkini tiada dalam artikel??

Siapakah itu?

Belibis Publish time 1-2-2024 08:54 PM

Tunakimchi replied at 1-2-2024 08:49 PM
Siapakah itu?

Kan dah bertebaran gossip kawin dengan pejal ajumu..ke pitenoh jugak?

AkokKocik Publish time 1-2-2024 09:06 PM

Edited by AkokKocik at 1-2-2024 09:08 PM

TERDELETE....

AkokKocik Publish time 1-2-2024 09:07 PM

missHaidiD replied at 1-2-2024 07:41 PM
Ngai sila baca.

Sapa ngai??

miss_white Publish time 1-2-2024 09:10 PM

Anak dia ni lg lawa dari anak azarinaz apa nama dia
Azarinaz tu xlah lawa mana pun
Lawa lg erra

Yaya04 Publish time 1-2-2024 09:12 PM

Belibis replied at 1-2-2024 08:54 PM
Kan dah bertebaran gossip kawin dengan pejal ajumu..ke pitenoh jugak?

Walaupon akak ratu dan peja hisap gam menafikan tapi i olls rase mcm betul sbb ikut sejarah akak ratu dia akan play safe dlu dgn menafikan. Tapi dah kantoi nanti....;P

Tunakimchi Publish time 1-2-2024 09:29 PM

Belibis replied at 1-2-2024 08:54 PM
Kan dah bertebaran gossip kawin dengan pejal ajumu..ke pitenoh jugak?

Mungkin ye. Track record ratu ni dari dulu teruk kan. Husband exbff pun penah nak caras dulu kan

dua_chzy Publish time 1-2-2024 09:43 PM

Patut la sheol lapar lelaki.

pocongkiutss Publish time 1-2-2024 10:33 PM

Yela tu..if jg anak full time susah juga nk meniaga ;P

cm_vungtau Publish time 1-2-2024 10:42 PM

Elisya mana pulak dah. Elisya Sandha?

she Publish time 1-2-2024 10:48 PM

aliceinwonder replied at 1-2-2024 07:58 PM
Suka la tgk cara erra besarkan anak dia Aleesya ni nampak sopan santun beradab org nya.. nmpk mcm bu ...

Tapi kan
Anaknya bukan duduk dengan Erra
Hak penjagaan penuh kat EE

Kredit patut bagi kat EE
Ni bukan macik bekap EE kepam tu k

sharlenetexas Publish time 1-2-2024 10:51 PM

Tak pandai cakap BM ke?


aliceinwonder Publish time 1-2-2024 10:52 PM

she replied at 1-2-2024 10:48 PM
Tapi kan
Anaknya bukan duduk dengan Erra
Hak penjagaan penuh kat EE


Opppps salah bg kredit rupanya. Contoh bapa yg baik EE. Patut la ramai perempuan artis jatuh hati dkt EE.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: Erra Fazira Tak Mahu Engku Elisya Tanggung Nasib Sama Sepertinya - "Saya Dibesarkan Ibu Tunggal Dan Tidak Dapat Kasih Sayang Bapa"


ADVERTISEMENT