mattzzx Publish time 1-2-2024 04:23 PM

Dua wanita warga Indonesia direman tujuh hari rasuah polis RM100

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/02/reman-warga-indonesia-rasuah-polis.jpeg
Dua wanita Indonesia direman tujuh hari kerana disyaki menawar dan memberikan wang rasuah sebanyak RM100 kepada anggota polis. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Dua wanita warganegara Indonesia direman tujuh hari kerana disyaki menawar dan memberikan wang rasuah sebanyak RM100 kepada anggota polis di negeri ini.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahya di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.

Kedua-dua suspek yang direman bermula hari ini hingga 7 Februari ini diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Vani Paul.

Kedua-dua suspek berusia 40 dan 44 tahun itu telah ditahan semalam kira-kira pukul 9.30 malam ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, dua suspek itu melakukan kesalahan tersebut di Balai Polis Seremban 2 bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02/01/dua-wanita-warga-indonesia-direman-tujuh-hari-rasuah-polis-rm100/
Pages: [1]
View full version: Dua wanita warga Indonesia direman tujuh hari rasuah polis RM100


ADVERTISEMENT