sfhzuraz Publish time 1-2-2024 03:51 PM

Kurangkan duti import kereta: Pemilik syarikat didenda

Kurangkan duti import kereta: Pemilik syarikat didenda


Februari 1, 2024 @ 3:34pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/asdadssssss_1706772830.jpg
Tiga pemilik syarikat di Langkawi dikenakan denda berjumlah RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mereka mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan pengurangan duti import kereta mewah. - Foto BERNAMA


ALOR SETAR: Tiga pemilik syarikat di Langkawi dikenakan denda berjumlah RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mereka mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan pengurangan duti import kereta mewah.
Tertuduh Ong Seng Aun, 59; Hoo Zui Bok, 47; dan Ooi Liang Sheng, 36; masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Mereka mengaku bersalah menggunakan Borang Kastam Perisytiharan Barang-Barang Yang Diimport (K1) palsu itu di Pejabat Kastam Daerah Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi antara 21 April 2021 hingga 2 Okt 2021.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 465 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, mahkamah turut mengenakan denda sebanyak RM5,000 terhadap Ooi selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan Surat Akuan palsu untuk tujuan sama pada 4 November 2018, di tempat sama dan dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Atiqah Mohamad Alias dan pegawai penyiasat SPRM Muhamad Taufik Awaludin, manakala Ong dan Ooi diwakili peguam Mohd Hakim Hamran dan Hoo diwakili peguam R Sheshalini. – BERNAMA
Kurangkan duti import kereta: Pemilik syarikat didenda (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Kurangkan duti import kereta: Pemilik syarikat didenda


ADVERTISEMENT