sfhzuraz Publish time 1-2-2024 01:05 PM

Bau gas kuat pun tak perasan tabung NGV bocor

Bau gas kuat pun tak perasan tabung NGV bocor


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm281jpj_1706762789.jpg
ZULKIFLI Ismail (dua dari kiri) melihat tong gas asli (NGV) yang telah tamat tempoh serta berbau dipercayai bocor. FOTO Danial Saad



Butterworth: Seorang pemandu van pekerja bukan sahaja berpotensi mengancam nyawa sendiri, malah penumpang dan pengguna jalan raya lain apabila tidak perasan tabung gas asli (NGV) kenderaan dipandunya bocor.
Situasi itu hanya diketahui lelaki berusia 50-an itu ketika pemeriksaan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama beberapa agensi dalam Op Bersepadu yang di Seberang Jaya di sini, semalam.
Pengarah JPJ Pulau Pinang Zulkifly Ismail, berkata pihaknya memeriksa 224 kenderaan pekerja sepanjang operasi dari jam 4 petang semalam hingga 9 malam tadi dan 42 daripadanya telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.
Katanya, namun ketika menahan sebuah van pekerja yang menggunakan NGV, anggota mendapati tabung NGV mengalami kebocoran sehingga mengeluarkan bau agak kuat dan berisiko berlaku kebakaran.
"Ia bukan sahaja membahayakan pemandu serta penumpang kenderaan terbabit, malah pengguna jalan raya yang lain," katanya kepada pemberita di lokasi operasi.
Katanya, pihaknya kemudian menyita van terbabit untuk tindakan selanjutnya.
"Selain van itu, kita turut menyita enam bas pekerja yang didapati melakukan pelbagai kesalahan antaranya pemandu bas tidak mempunyai lesen memandu serta LKM (Lesen Kenderaan Motor) tamat tempoh.
"Bahkan, ada juga sebuah bas yang dipandu dengan LKM sudah tamat tempoh sejak empat tahun lalu yang ia amat berisiko kepada pemandu serta penumpang sekiranya kemalangan berlaku.
"Kita dapati hal ini berikutan pihak operator bas-bas pekerja ini cuba mengaut keuntungan yang lebih apabila tidak memperbaharui LKM," katanya.
Dalam pada itu, Zulkifly berkata, empat daripada lapan pemandu bas kilang turut dikesan positif dadah dalam ujian saringan yang diadakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).


Disiarkan pada: Februari 1, 2024 @ 12:46pm


sumber




Pages: [1]
View full version: Bau gas kuat pun tak perasan tabung NGV bocor


ADVERTISEMENT