sfhzuraz Publish time 31-1-2024 05:53 PM

Guna kartun, Think Quran ajar kanak-kanak belajar al-Quran

Guna kartun, Think Quran ajar kanak-kanak belajar al-Quran

OlehROSLINDA HASHIM
31 Januari 2024 04:52pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/31/2520763.jpg
Mohd Nasrullah (kiri) bersama pelajar yang mengikuti kelas belajar al-Quran menerusi konsep kartun dan aplikasi Think Quran.




ALOR SETAR - Mengajar kanak-kanak membaca dan memahami al-Quran memerlukan pendekatan kreatif agar pembelajaran menjadi mudah dan menyeronokkan supaya mereka tidak mudah bosan.


Pengasas program Lukis Hafal, Mohd Nasrullah Che Halim atau lebih dikenali Ustaz Kartun berkata, mengajar kanak-kanak tidak sama dengan mengajar orang dewasa kerana kanak-kanak mudah hilang fokus sekiranya bosan dengan kaedah yang diajar.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/31/2520764.jpg
Mohd Nasrullah



Menurutnya, disebabkan itu beliau menggunakan pendekatan konsep kartun dalam pengajarannya agar lebih mudah diterima pelajar.

“Ada masa kanak-kanak tidak dapat fokus atau mudah bosan dan cepat mengantuk ketika belajar."Mereka adalah manusia yang aktif dan perlu diajar secara aktif melalui pendekatan berbeza.
“Menerusi program, saya terapkan kaedah menyeronokkan dalam melatih kanak-kanak memahami dan menghafal ayat-ayat al-Quran menggunakan lukisan kartun.



"Mereka diajar langkah demi langkah asas melukis kartun, pada masa sama memahami keseluruhan pengajaran surah melalui komik,” katanya.
Mohd Nasrullah berkata, selain kartun, terbaharu beliau menggunakan aplikasi Think Quran, yang merupakan aplikasi teknologi popular ketika ini.
“Apabila saya gunakan aplikasi Think Quran, ia memudahkan proses pembelajaran dan kanak-kanak cepat memahami ayat yang diajar.







"Saya sudah jatuh cinta dengan aplikasi Think Quran ini,” ujarnya yang pernah menjadi pengacara rancangan kanak-kanak, Ustaz Kartun & Robojim pada tahun 2021.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/31/2520762.jpg
Mohd Nasrullah melukis kartun mengikut setiap ayat al-Quran yang diajar kepada kanak-kanak.



Menurutnya, Think Quran merupakan satu-satunya aplikasi belajar bahasa Arab dan al-Quran yang unik.
"Saya menggunakan aplikasi ini ketika sesi pengulangan selama 15 minit, pelajar dapat menguasai dan mengingati bahasa al-Quran dengan baik.
"Paling menarik, ia mampu mengukur prestasi dalam aplikasi tersebut,” katanya.
Mohd Nasrullah memberitahu, selepas selesai kanak-kanak melukis kartun mengikut ayat dan menghasilkan komik bagi pengajaran surah, aplikasi Think Quran digunakan sebagai pengulangan bahasa al-Quran tersebut.
“Surah yang mereka belajar itu diulang dalam aplikasi, ia lebih kepada aktiviti ulang kaji selain untuk aktiviti pengukuhan sebelum tamat kelas,” katanya.
Mohd Nasrullah turut mengajak semua lapisan masyarakat untuk memanfaatkan aplikasi Think Quran untuk belajar dan memahami al-Quran.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/31/2520761.jpg
Seorang kanak-kanak melukis kartun dan menghasilkan komik berkaitan pengajaran surah.



“Mereka yang bukan ustaz dan ustazah, atau bukan guru agama pun boleh gunakan aplikasi ini.
"Think Quran sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa, malah membolehkan pengajaran dan pembelajaran secara aktif al-Quran secara lebih berkesan,” jelasnya.
Menurutnya lagi, semoga usaha murni memperkenalkan aplikasi ini akan dapat membantu seberapa ramai umat Islam membaca dan memahami al-Quran sekaligus dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
Guna kartun, Think Quran ajar kanak-kanak belajar al-Quran - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Guna kartun, Think Quran ajar kanak-kanak belajar al-Quran


ADVERTISEMENT