sfhzuraz Publish time 31-1-2024 02:06 PM

Paras Empangan Air Itam terus menyusut

Paras Empangan Air Itam terus menyusut


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 31, 2024 @ 1:36pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/31bhitam_1706679398.jpg
Empangan Air Itam di Pulau Pinang dilapor terus menyusut dan diramal mampu bertahan 29 hari. - FAIL NSTP



GEORGETOWN: Kapasiti efektif Empangan Air Itam di sini terus menunjukkan penurunan dengan kadar penyusutan kepada 36.6 peratus setakat jam 12 tengah hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir K Pathmanathan, berkata empangan berkenaan mampu bertahan selama 29 hari.
"PBAPP akan memuktamadkan langkah seterusnya bagi meningkatkan kapasiti Empangan Air Itam selepas pemulihan di Sungai Perai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Pulau Pinang masih mempunyai Empangan Teluk Bahang dekat sini yang merekodkan kapasiti efektif 87.8 peratus selain Empangan Mengkuang sebagai empangan simpanan di Bukit Mertajam berada pada paras 90 peratus setakat ini.
Semalam, Pathmanathan mengesahkan kapasiti Empangan Air Itam melepasi tahap waspada dua dan pihaknya sudah memohon melakukan pembenihan awan.
Tahap waspada pertama adalah pada kadar 50 peratus, tahap kedua 40 peratus manakala tahap ketiga ialah 30 peratus dan ke bawah.
Empangan Air Itam merekodkan kapasiti efektif 83 peratus pada 1 Disember lalu, namun insiden paip pecah di Sungai Perai pada 18 Disember menyebabkan penggunaannya ditingkatkan bagi menampung kegunaan penduduk terjejas menyebabkan paras air menyusut kepada 66.7 peratus setakat 5 Januari lalu.
Paras Empangan Air Itam terus menyusut (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Paras Empangan Air Itam terus menyusut


ADVERTISEMENT