sfhzuraz Publish time 31-1-2024 09:01 AM

Kerja penyambungan paip 600 mm di Sungai Perai siap lebih awal

Kerja penyambungan paip 600 mm di Sungai Perai siap lebih awal


BERNAMA


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/CHOW_KON_YEOWSD_1706662059.jpg
Chow Kon Yeow.


Georgetown: Kerja-kerja penyambungan dua paip 600 milimeter (mm) merentasi Sungai Perai bagi menggantikan saluran paip yang bocor di dasar sungai itu siap sepenuhnya awal pagi ini.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan mengikut perancangan awal kerja itu yang bermula pada 11.30 malam tadi sepatutnya selesai 2 petang nanti, namun ia siap lebih cepat daripada yang dijadualkan.
"Berikutan itu, pemulihan bekalan kepada 84 peratus daripada 120,000 pengguna yang terjejas di sebahagian Daerah Timur Laut dan Barat Daya dapat dimulakan lebih awal dan disasarkan dapat diselesaikan pada 3.30 petang esok.
"Baki 16 peratus lagi pengguna termasuk yang tinggal di kawasan hujung paip agihan (EoL) dan kawasan tinggi, mereka dijangka mendapat bekalan pada 3.30 petang Jumaat," menurut kenyataan itu.
Kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai pada Selasa lepas adalah kali ketiga selepas insiden pada bulan Disember dan Januari lepas.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, pemasangan paip lencongan merentasi Sungai Perai itu adalah penyelesaian jangka sementara susulan berlaku kebocoran besar pada saluran paip 1,350 mm di dasar sungai itu pada 23 Januari lepas, dan akan berfungsi sekurang-kurangnya lapan bulan sementara menunggu penggantian paip kekal di dasar sungai itu siap.


Disiarkan pada: Januari 31, 2024 @ 8:47am


Kerja penyambungan paip 600 mm di Sungai Perai siap lebih awal (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Kerja penyambungan paip 600 mm di Sungai Perai siap lebih awal


ADVERTISEMENT