mattzzx Publish time 30-1-2024 05:53 PM

2 PPS masih aktif di Dungun

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/30hmsk1d1_1706604967.jpg
KEADAAN sekolah di Hulu Dungun selepas banjir surut. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.

Kuala Terengganu: Banjir gelombang keempat yang bermula 23 Januari lalu menyaksikan Dungun masih lagi terjejas dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) kekal aktif.

Setakat 4 petang, terdapat 473 mangsa daripada 157 keluarga berlindung di PPS itu.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, 226 orang (61 keluarga) daripada jumlah mangsa ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Shukor, manakala 247 mangsa (96 keluarga) di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Portal Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran pula menunjukkan hanya satu sungai mencatat bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Terengganu di Jambatan Kuala Berang, Hulu Terengganu (11.05 meter).



Secara keseluruhan, paras air di kebanyakan sungai utama negeri menunjukkan trend menurun ketika ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1055863/2-pps-masih-aktif-di-dungun
Pages: [1]
View full version: 2 PPS masih aktif di Dungun


ADVERTISEMENT