mattzzx Publish time 30-1-2024 05:50 PM

Buruh, bapa tiri kes aniaya remaja diarah laku pemeriksaan mental

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/Buruh-kanan-dan-bapa-tiri-mangsa-rogol-diarah-menjalani-pemeriksaan-psikiatri-oleh-Mahkamah-Sesyen-Kemaman-hari-ini..jpeg
Buruh (kanan) dan bapa tiri mangsa rogol diarah menjalani pemeriksaan psikiatri oleh Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang buruh yang didakwa memperkosa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun lebih dua minggu lalu diperintah untuk menjalani pemeriksaan psikiatri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Wan Suhaila Mohd. turut memerintahkan pemeriksaan sama terhadap bapa tiri mangsa yang didakwa bersubahat dalam perbuatan jenayah tersebut.

Beliau memutuskan demikian berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali setelah kedua-dua lelaki yang dituduh secara berasingan itu disyaki tidak sempurna akal dan tidak memahami pertuduhan.

Terdahulu, buruh berusia 18 tahun tersebut gagal menyebut nama penuh dengan tepat selain tidak mengetahui nombor MyKad serta tarikh lahirnya apabila diminta jurubahasa mahkamah dan juga seolah-olah tidak memahami ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Berdasarkan tiga pertuduhan itu, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak itu pada 13 Januari hingga 15 Januari lalu di sebuah rumah di daerah ini pada waktu berbeza.

Bapa tiri mangsa berusia 32 tahun pula didakwa bersubahat menyebabkan buruh itu melakukan perbuatan rogol terhadap kanak-kanak itu pada 13 Januari lalu, kira-kira pukul 2 pagi dan dia juga seakan-akan tidak dapat memahami pertuduhan dihadapinya.. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01/30/buruh-bapa-tiri-kes-aniaya-remaja-diarah-laku-pemeriksaan-mental/
Pages: [1]
View full version: Buruh, bapa tiri kes aniaya remaja diarah laku pemeriksaan mental


ADVERTISEMENT