mattzzx Publish time 30-1-2024 04:27 PM

Rakyat Pahang gembira sambut keberangkatan balik Agong, Raja Permaisuri

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sampai_1706588969.jpg
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melangkah turun pesawat yang akan membawa baginda berdua di pangkalan TUDM Kem Batu 10. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: Orang ramai mengambil peluang berkumpul di sepanjang Jalan Kuantan-Gambang di sini, bagi menyaksikan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Selain pelajar sekolah serta pelajar institut pengajian awam dan swasta, turut berkumpul di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kem Batu 10, kakitangan kerajaan dan swasta.

Turut sama berkumpul adalah anggota TUDM dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Mereka berkumpul seawal 9 pagi dengan membawa bersama Jalur Gemilang dan bendera Pahang.

Difahamkan lebih 5,000 orang rakyat pelbagai lapisan masyarakat berkumpul untuk melihat lebih dekat 'Raja Berjiwa Rakyat' yang menjadi kesayangan mereka.



Kakitangan awam, Nurul Ain Nadira, 23 berkata dia begitu teruja dan terharu dapat berkumpul menyaksikan Istiadat Keberangkatan Balik Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Pahang.

"Ini kali pertama saya berpeluang menghadiri program rasmi diraja yang begitu meriah dengan kehadiran ramai orang semua peringkat masyarakat pelbagai kaum.

"Saya gembira dan pada masa yang sama sedih apabila Al-Sultan Abdullah telah menamat tugas rasmi negara sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 selepas lima tahun.

"Cuaca panas tidak melemahkan semangat saya untuk berkumpul dalam kawasan Pangkalan TUDM untuk melihat lebih dekat upacara yang diadakan hari ini," katanya, di sini.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Tentera Kem Batu 10, Muhammad Afiq Arsyad Mohd Abd Latif, 12 berkata dia mahu melihat lebih dekat Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah, kerana sebelum ini hanya melihat di akhbar dan televisyen sahaja.

"Majlis hari ini akan menjadi kenangan yang tidak mungkin dapat saya dan rakan-rakan lupakan sampai bila-bila, majlis hari ini penuh istiadat," katanya.

Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Shahran Amrin Abdullah, 53 berkata, dia dan kakitangan TNB berkumpul di tepi Jalan Kuantan-Gambang sejak jam 10 pagi.

"Kemeriahan menyambut Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah begitu terasa. Hujan dan angin yang bertiup seolah merestui berangkat balik pasangan diraja itu.

"Kemesraan pasangan diraja berjiwa rakyat itu menyebabkan rakyat sentiasa menyayangi mereka," katanya yang terharu dapat menyertai msjlis yang diadakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1055709/rakyat-pahang-gembira-sambut-keberangkatan-balik-agong-raja-permaisuri
Pages: [1]
View full version: Rakyat Pahang gembira sambut keberangkatan balik Agong, Raja Permaisuri


ADVERTISEMENT