mattzzx Publish time 30-1-2024 04:07 PM

‘Datuk’ palsu disyaki ambil rasuah tender pengiklanan ditahan SPRM

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-30-at-3.05.26-PM.jpeg
Pengarah syarikat pengiklanan (dua dari kiri) dan orang tengahnya (dua dari kanan) ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM92,500 di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pengarah syarikat pengiklanan yang disyaki memakai gelaran ‘datuk’ palsu ditahan reman selama enam hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai keseluruhan RM92,500 empat tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 62 tahun tersebut dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Beliau juga membenarkan perintah reman bagi tempoh sama terhadap seorang lelaki lain berusia 57 tahun yang disyaki orang tengah bagi transaksi rasuah berkenaan.

Sumber berkata, pengarah syarikat pengiklanan tersebut disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan melantik sebuah syarikat menjadi subkontraktor bagi kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di sekitar daerah Dungun.

Beliau berkata, suspek dikatakan menerima sogokan tersebut daripada pemilik syarikat yang dilantik bagi projek bernilai RM2.5 juta itu pada tahhun 2020.

“Pojek tersebut dikatakan tidak wujud namun wang rasuah itu diterima suspek menerusi akaun pihak ketiga.

“Suspek juga dipercayai telah ditawarkan projek berkenaan melalui sebuah kementerian meliputi kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di seluruh negara,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, pengarah syarikat pengiklanan dan orang tengahnya telah ditahan secara berasingan di Batu Caves, Selangor dan Kuantan, Pahang semalam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/30/datuk-palsu-disyaki-ambil-rasuah-tender-pengiklanan-ditahan-sprm/
Pages: [1]
View full version: ‘Datuk’ palsu disyaki ambil rasuah tender pengiklanan ditahan SPRM


ADVERTISEMENT