mattzzx Publish time 30-1-2024 01:30 PM

3,455 calon duduki SPM di Perlis

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-30-at-11.44.24-AM.jpeg
Calon SPM berjalan menuju dewan peperiksaan SMK Dato Ali Ahmad di Kangar, hari ini

KANGAR – Seramai 3,455 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 34 pusat peperiksaan di negeri ini bermula hari ini hingga 7 Mac depan.

Pemangku Pengarah Pendidikan Perlis Hamidi Md. Saad berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,988 calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama diikuti Maktab Rendah Sains Mara seramai 287 calon.

“Sementara itu, seramai 73 calon sekolah menengah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, calon persendirian (87 orang) dan calon Sekolah Agama Rakyat (20 orang).

“Bagi calon berkeperluan khas pula terdapat lapan orang selain calon hospital (dua orang) serta calon pindah tulis (tiga orang),” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau perjalanan SPM di SMK Dato Ali Ahmad, di sini hari ini.

Katanya, selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mengurangkan bebanan guru, seramai 39 petugas turut ditempatkan di pusat-pusat peperiksaan seluruh negeri itu

“Selain itu, sebanyak 39 sukarelawan yang membantu 286 petugas peperiksaan di semua 34 pusat peperiksaan di negeri ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/30/3455-calon-duduki-spm-di-perlis/
Pages: [1]
View full version: 3,455 calon duduki SPM di Perlis


ADVERTISEMENT