sfhzuraz Publish time 30-1-2024 01:07 PM

Bekas sukarelawan hadapi 38 pertuduhan palsukan cek bernilai RM140,975

Bekas sukarelawan hadapi 38 pertuduhan palsukan cek bernilai RM140,975

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
30 Januari 2024 11:43am


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/30/2518829.jpg
Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah ke atas 38 pertuduhan terhadapnya dan mohon dibicarakan.



BUTTERWORTH - Seorang bekas sukarelawan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas 38 pertuduhan memalsukan cek berjumlah RM140,975 antara tahun 2016 dan 2017.
Tertuduh, Jasmizatul Syuhada Jamaluddin, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.


Jasmizatul yang tidak diwakili peguam didakwa menggunakan 38 keping cek Bank Islam tulen berjumlah RM140,975 yang diketahuinya adalah palsu ketika tertuduh menggunakannya.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Bank Islam Malaysia Bhd cawangan Bandar Perda, Bukit Mertajam antara 9 Mei 2016 hingga 24 April 2017.


Sehubungan itu, dia dituduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/30/2518830.jpg
Tertuduh mengaku tidak bersalah ke atas 38 pertuduhan melibatkan nilai RM140,975.



Timbalan Pendakwa Raya Noor, Azura Zulkiflee memohon mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua 38 pertuduhan terhadap Jasmizatul.



Beliau juga meminta tertuduh melaporkan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri sekali setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Zulhazmi menetapkan ikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin selain menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes.
“Tertuduh juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah. Dia juga perlu melaporkan dirinya kepada SPRM negeri," katanya.
Bekas sukarelawan hadapi 38 pertuduhan palsukan cek bernilai RM140,975 - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Bekas sukarelawan hadapi 38 pertuduhan palsukan cek bernilai RM140,975


ADVERTISEMENT