sfhzuraz Publish time 29-1-2024 02:17 PM

TVET perlu pendekatan baharu, suntik graduan dengan ilmu tambahan

TVET perlu pendekatan baharu, suntik graduan dengan ilmu tambahan


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 29, 2024 @ 1:36pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/farid_1706506583.jpg
Pengerusi PEMIKIR, Datuk Dr Muhamad Farid Saad



GEORGETOWN: Pihak Majlis Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara serta Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang perlu memikirkan pendekatan baharu yang membolehkan graduan diberi suntikan ilmu tambahan, dilatih dalam bidang tertentu dan menyediakan mereka mengikut keperluan serta permintaan pasaran.
Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR), Datuk Dr Muhamad Farid Saad, berkata ia selaras dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara dalam memperkasakan pengajaran TVET di Malaysia.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Usahawan Muslim Pulau Pinang berkata, industri elektrik dan elektronik (E&E) di Pulau Pinang akan terus berkembang serta memerlukan lebih ramai jurutera, namun ramai graduan tidak memenuhi kriteria keperluan industri.
Katanya, graduan Bumiputera lepasan universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik, mekatronik dan sealiran dengannya sukar mendapat pekerjaan melainkan jika mereka dari lima universiti utama dengan nilai gred kumulatif (CGPA) melebihi 3.5.
"Graduan dari universiti tier kedua atau dengan CGPA kurang daripada tiga juga sukar mendapat pekerjaan, selain penguasaan graduan Bumiputera kurang menguasai Bahasa Inggeris, tiada keterampilan dan keyakinan diri.
"Latihan amali boleh dilanjutkan sehingga enam bulan berbanding tiga bulan sebelum ini dan kaedah yang sama boleh diguna pakai bagi graduan di negeri lain juga," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Farid berkata, sokongan Syarikat Liabiliti Terhad (LLC) dan syarikat multinasional (MNC) sedia ada akan memberi sinar baharu kepada perkongsian kek ekonomi dalam sektor ini dengan memberi peluang kepada jurutera Bumiputera bagi membuka kilang mereka sendiri berdasarkan kepakaran dan kemampuan.
Katanya, jika perkara itu dapat dilaksana dengan perancangan rapi dan berterusan, masa depan Bumiputera bagi memiliki kilang sendiri boleh tercapai.
"Pulau Pinang adalah negeri yang semakin mengukuh dalam industri E&E, antaranya bidang semikonduktor, tenaga suria, diod pemancar cahaya (LED), teknologi penyimpanan dan perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) dengan nilai eksport Malaysia yang dianggarkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bernilai RM380 Billion.
"PEMIKIR berpendapat, sekarang adalah masa sesuai bagi melihat kembali pembabitan orang Melayu di negeri ini sebelum lebih terlambat.
"Perindustrian di Pulau Pinang bermula pada 1972 yang mana kawasan industri di Bayan Lepas diwujudkan dan menjadi zon perdagangan bebas pertama di Malaysia, namun selepas lebih 50 tahun, tidak ada satu pun syarikat gergasi milik Bumiputera Pulau Pinang yang wujud dan boleh dibanggakan.
"Kebanyakan syarikat LLC adalah milik kaum Cina dan syarikat MNC juga mempunyai rakan kongsi daripada kaum Cina," katanya.
Menurut sebuah organisasi antarabangsa dalam bidang semikonduktor SEMI, Pulau Pinang menyumbang kira-kira lapan peratus daripada keluaran 'back-end' semikonduktor dunia, menjadikannya antara lokasi terkemuka dunia bagi pemasangan, pembungkusan dan ujian mikroelektronik.
"Kesungguhan Kerajaan Pulau Pinang diserlahkan dengan menamakan pulau hasil tambakan sebagai Silicon Island, selain pembinaan kilang baharu di kawasan perindustrian Batu Kawan," katanya.
TVET perlu pendekatan baharu, suntik graduan dengan ilmu tambahan (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: TVET perlu pendekatan baharu, suntik graduan dengan ilmu tambahan


ADVERTISEMENT