sfhzuraz Publish time 29-1-2024 12:52 PM

PBAPP tangguh Pelan B sehingga esok untuk pengguna simpan air

PBAPP tangguh Pelan B sehingga esok untuk pengguna simpan air

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
29 Januari 2024 12:34pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/29/2517221.jpg
Kon Yeow (duduk, dua dari kanan) merasmikan Projek Linear Garden di Padang Kota pada Isnin.



GEORGE TOWN - Gangguan bekalan air berjadual (SWSI) untuk kerja-kerja pengalihan saluran paip Pelan B di Sungai Perai ditangguhkan sehingga jam 11.30 malam Selasa.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sehubungan itu, 120,000 pengguna yang terjejas di daerah Barat Daya dan selatan Timur Laut mempunyai 36 jam untuk menyimpan air sementara SWSI dijalankan.


Menurutnya, kerajaan negeri dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bersetuju dengan permintaan pengguna untuk menangguhkan kerja penyambungan Pelan B supaya mereka sempat menyimpan air, namun penyebab utama gangguan bekalan air adalah kebocoran pada saluran paip bawah air di Sungai Perai.
"Dijangkakan kerja-kerja fizikal bagi Pelan B akan mengambil masa 16 jam dan dijangka siap pada jam 2 petang Rabu sebelum bekalan air disambung semula seperti biasa.


"Ia akan mengambil masa antara 24 hingga 48 jam untuk bekalan air sampai kepada semua pengguna termasuk di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL)," katanya selepas merasmikan Projek Linear Garden di Padang Kota di sini pada Isnin.
Tambahnya, Rumah Pam Genting di Balik Pulau Pinang telah mula menerima air sejak pagi Isnin selepas Pelan A selesai dilaksanakan.
"Kerja bagi Pelan B sepatutnya sudah mula tetapi kita tangguhkan sehingga esok. Kerja-kerja fizikal untuk memasang dua paip 600 milimeter (mm) bagi mengalihkan air daripada saluran paip bawah air berukuran 1,350mm dijangka mengambil masa kira-kira 16 jam.
“Kita berharap kerja-kerja lencongan akan selesai lebih cepat dan diharap ia akan berfungsi dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua paip 600mm itu akan mempunyai kapasiti yang lebih kecil berbanding saluran paip 1,350mm yang mana, berkemungkinan akan menjejaskan tekanan air.
"Projek ini sangat diperlukan dan ia merupakan penyelesaian untuk beberapa bulan akan datang sebelum penyelesaian jangka panjang dilaksanakan.

"Apabila projek jangka panjang itu dilaksanakan, saya berharap tiada lagi isu akan timbul pada masa hadapan,"katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang akan mempertimbangkan dua opsyen untuk membolehkan bekalan air dapat disalurkan semula kepada 120,00 pengguna terjejas akibat paip di dasar Sungai Perai yang pecah pada petang Selasa minggu lalu.
Pelan A membabitkan kerja-kerja mengepit semula kebocoran lubang seluas 1.05 x 0.65 meter pada bahagian saluran paip 1,350mm di dasar Sungai Perai.
Pelan B pula membabitkan pemasangan dua paip baharu berukuran 600mm bagi menggantikan paip sedia ada.
Kedua-dua Pelan A dan Pelan B itu dilaksanakan serentak di tapak dekat Sungai Perai.
PBAPP tangguh Pelan B sehingga esok untuk pengguna simpan air - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: PBAPP tangguh Pelan B sehingga esok untuk pengguna simpan air


ADVERTISEMENT