mattzzx Publish time 29-1-2024 09:57 AM

Verstappen jelmaan Senna, Schumacher

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TOPSHOT-AUTO-PRIX-F1-UAE-PODIUM_1706417273.jpg
MAX Verstappen. FOTO AFP

London: Max Verstappen memenangi 19 daripada 22 perlumbaan dalam saingan Formula Satu (F1) 2023 ketika dia merangkul juara dunia kali ketiga berturut-turut.

Pemandu Belanda itu memecahkan banyak rekod sepanjang tempoh itu dan mungkin akan meraih satu lagi kejayaan besar pada tahun ini.

Ramai yang meramalkan Verstappen mampu memadamkan rekod tujuh kejuaraan dunia dilakukan oleh Michael Schumacher dan Lewis Hamilton.

Bercakap kepada F1-Insider, Eddie Jordan yang pernah terkenal kerana memiliki pasukan F1 GP Jordan, melabelkan Verrstappen sebagai sangat hebat.


"Saya sudah melalui banyak pengalaman. Selepas Michael melakukan pandu uji pertama di Silverstone, saya nampak dia akan menjadi pencabar kepada Ayrton Senna.

"Saya juga pernah bekerja dengan Heinz-Harald Frentzen. Bagi saya dia masih pemandu F1 yang paling dipandang rendah sepanjang zaman.

"Bagi saya, Max Verstappen adalah gabungan Senna dan Schumacher," katanya.

Jordan juga merasakan Lando Norris dan Charles Leclerc sebagai dua pemandu yang akan setaraf Verstappen pada masa hadapan.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/01/1055030/verstappen-jelmaan-senna-schumacher
Pages: [1]
View full version: Verstappen jelmaan Senna, Schumacher


ADVERTISEMENT