mattzzx Publish time 28-1-2024 11:47 AM

MotoGP: Gresini enggan Marquez tertekan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/MARC-MARQUEZ-3-e1706347985490.jpg
MARQUEZ hanya diberikan sasaran untuk berada dalam kelompok lima teratas biarpun memiliki kemampuan untuk mencabar kejuaraan dunia. - FB MOTOGP

FAENZA, Itali – Pemilik pasukan Gresini Racing, Nadia Padovani enggan meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap juara dunia lapan kali, Marc Marquez menjelang saingan musim baharu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Meskipun dianggap mampu menjadi pencabar utama takhta kejuaraan dunia pada kempen 2024 nanti, namun Padovani hanya meletakkan sasaran kelompok lima teratas buat bekas pelumba Repsol Honda itu.

Beliau berkata, sasaran kelompok lima teratas yang diletakkan ke atas Marquez mampu memberi kelebihan buat pelumba Sepanyol itu kerana dapat memberikan sepenuh fokus tanpa sebarang tekanan.

“Memang ramai yang meletakkan harapan cukup tinggi terhadap Marc (Marquez), namun kami tidaklah mensasarkan sehingga menjadi juara dunia. Sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lima teratas.

“Saya fikir ia lebih baik buat Marc kerana tidak berdepan tekanan yang tinggi sebelum saingan musim baharu membuka tirainya nanti. Saya hanya mahu lihat aksi terbaik daripada pelumba-pelumba Gresini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui langsung tidak menyangka mereka mampu mendapatkan khidmat Marquez yang merupakan juara dunia lapan kali memandangkan Gresini hanyalah pasukan satelit Ducati.

“Bagi saya, ini adalah sesuatu yang gila kerana tidak pernah terfikir ia akan berlaku dalam karier kami. Saya tidak mahu tetapkan sebarang objektif kerana saya hanya fikirkan progres untuk masa depan,” ujar Padovani. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01/28/motogp-gresini-enggan-marquez-tertekan/
Pages: [1]
View full version: MotoGP: Gresini enggan Marquez tertekan


ADVERTISEMENT