sfhzuraz Publish time 26-1-2024 10:21 PM

22 penyelam siapkan kerja pasang pengapit paip air 5 jam lebih awal - PBAPP

22 penyelam siapkan kerja pasang pengapit paip air 5 jam lebih awal - PBAPP


Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 26, 2024 @ 10:04pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kerja_pasang_1706277850.jpg
Pelaksanaan kerja-kerja membabitkan saluran paip air di Sungai Perai pada pagi tadi. - NSTP/DANIAL SAAD



BUTTERWORTH: Kerja keras dan komitmen 22 penyelam bertungkus lumus melaksanakan pelan tindakan kecemasan membabitkan pemasangan pengapit di bahagian bawah paip air yang bocor di dasar Sungai Perai, di sini, membuahkan kejayaan.
Hasilnya, kerja-kerja pemasangan pengapit itu siap kira-kira jam 6.30 petang tadi, iaitu lima jam lebih awal berbanding waktu asal sekitar jam 11.30 malam ini yang ditetapkan.
Menurut laporan kemas kini oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), pencapaian pasukan penyelam terbabit amat memberangsangkan.
"Sehubungan itu, PBAPP telah memulakan pemulihan bekalan air untuk 84 peratus daripada 120,000 pengguna yang terjejas.
"Pengguna di kawasan berhampiran Kompleks PBAPP Bukit Dumbar akan menerima bekalan air terlebih dahulu. Pemulihan kemudian akan meluas ke selatan menuju ke daerah Barat Daya.
"Kita menjangkakan pemulihan penuh pada jam 6.30 petang Ahad ini membabitkan pengguna di kawasan hujung paip agihan dan kawasan tinggi," katanya.
Terdahulu, PBAPP merancang untuk melaksanakan gangguan bekalan air berjadual pada jam 11.30 malam Isnin selepas pelan tindakan kecemasan dinamakan 'Pelan A' itu berhasil mengikut jadual ditetapkan.
Ia bertujuan membolehkan kira-kira 120,000 pengguna terjejas, diberi tempoh 24 hingga 48 jam untuk mengisi tangki simpanan mereka, sebelum penutupan saluran paip air bagi pelaksanaan kerja-kerja lencongan.
Pada Selasa lalu, saluran paip di dasar Sungai Perai mengalami kebocoran sekali lagi, menjadikan ia insiden ketiga selepas dua kejadian sama dilaporkan pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.
Beberapa kejadian itu mendorong Kerajaan Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai bagi mengatasi masalah saluran paip air bocor di sungai berkenaan.
22 penyelam siapkan kerja pasang pengapit paip air 5 jam lebih awal - PBAPP (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: 22 penyelam siapkan kerja pasang pengapit paip air 5 jam lebih awal - PBAPP


ADVERTISEMENT