sfhzuraz Publish time 26-1-2024 12:49 PM

Cuaca buruk sebabkan pemasangan pengapit bawah paip tergendala

Cuaca buruk sebabkan pemasangan pengapit bawah paip tergendala


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/apit_1706241436.jpg
KERJA-kerja mengapit semula saluran paip dalam Sungai Perai untuk memulihkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna terjejas. FOTO Danial Saad



Butterworth: Pelan tindakan kecemasan memasang pengapit pada bawah paip di dasar Sungai Perai yang dijadualkan siap pada jam 4 petang semalam berdepan kelewatan berikutan hujan lebat dan arus deras.
Dalam laporan yang dikemaskini Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini memaklumkan penyelam tidak dapat menyelesaikan kerja seperti yang dijadualkan.
"Setakat jam 2 pagi tadi, pasukan baru terdiri daripada 10 penyelam mengambil alih daripada pasukan asal.
"Penyelam gantian kini sedang berusaha untuk menyelesaikan kerja-kerja pengapit bawah air secepat mungkin," katanya
Katanya, sejak jam 12 tengah hari semalam, PBAPP juga mengaktifkan pelan bekalan tambahan untuk membekalkan air kepada kira-kira 15,000 hingga 20,000 daripada 120,000 pengguna yang terjejas ekoran kejadian paip pecah sejak Selasa lalu.
"Air terawat adalah dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua. Terdapat dua saluran paip 1,350 milimeter (mm) yang menyalurkan air dari LRA Sungai Dua ke Pulau Pinang (bahagian Pulau).
"PBAPP sedang mengepam lebih banyak air pada tekanan tinggi melalui saluran paip kedua (tiada kerosakan) ke Kompleks Bukit Dumbar di Pulau Pinang.
"Dari Bukit Dumbar, air sedang dipam semula kepada seramai mungkin pengguna terjejas di kawasan dari Gelugor ke selatan di Bayan Lepas," katanya.
Menurut kenyataan itu, ketika ini PBAPP tidak dapat menyediakan senarai kawasan yang tepat.
"Ini adalah senario bekalan tambahan. Tekanan rendah dan bekalan terputus-putus namun sekurang-kurangnya sejumlah pengguna terjejas akan menerima sedikit air.
"Kita akan memberikan lebih banyak kemas kini tentang Pelan A dan Pelan B tidak lama lagi, selepas fakta dan angka disemak, disahkan dan disahkan semula," katanya.
Semalam Ketua Menteri Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, pelan tindakan kecemasan dinamakan 'Pelan A' iaitu kerja-kerja mengapit semula bahagian atas paip pecah telah siap dilaksanakan dan memerlukan sedikit masa untuk mengetatkan bahagian bawah susulan cuaca kurang baik.
Selasa lalu, saluran paip di dasar Sungai Perai mengalami kebocoran sekali lagi menjadikan ia insiden ketiga selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.


Disiarkan pada: Januari 26, 2024 @ 11:57am


Cuaca buruk sebabkan pemasangan pengapit bawah paip tergendala (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Cuaca buruk sebabkan pemasangan pengapit bawah paip tergendala


ADVERTISEMENT