mattzzx Publish time 25-1-2024 05:14 PM

Duda hilang tanpa jejak sejak 7 hari lalu

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-25-at-14.46.36_361b6ede.jpg
NORMAN dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi keluarganya sejak Jumaat hari lalu.

PONTIAN – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang bapa tunggal yang dilaporkan hilang pada 19 Januari lalu dan sehingga kini masih tidak dapat dikesan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Norman Abd. Rahman berusia 39 tahun beralamat di Lorong 2, Kampung Sepakat Jaya, Pekan Nanas, di sini.

Katanya, bapa Norman tampil membuat laporan Polis di Balai Polis Pekan Nanas mengenai kehilangan anaknya itu.

“Setakat ini tiada sebarang perkembangan mengenai kehilangan Norman yang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi, Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, mengikut laporan yang dibuat, Norman mempunyai ketinggian 160cm dengan berat anggaran 80 kilogram, berbadan gempal dan berkulit hitam.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi orang hilang tersebut boleh terus menghubungi Ketua Polis Balai, Balai Polis Pekan Nanas, Asisten Superintendan Admi Zaiza Daud di talian 011-20516100. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01/25/duda-hilang-tanpa-jejak-sejak-7-hari-lalu/
Pages: [1]
View full version: Duda hilang tanpa jejak sejak 7 hari lalu


ADVERTISEMENT