mattzzx Publish time 25-1-2024 05:06 PM

Bapa saudara, rakan suspek kes bunuh Bella akan jadi saksi pendakwaan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-25-at-13.13.45_b2bb89c6.jpg
Ismail Dollah.

BATU PAHAT – Bapa saudara dan seorang rakan kepada suspek utama kes pembunuhan Bella akan dipanggil menjadi saksi pendakwaan pertuduhan di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dua individu terbabit masing-masing berusia 24 dan 39 tahun itu merupakan tiga suspek yang ditahan termasuk teman lelaki Mila Sharmilah Samsusah.

Mereka merupakan suspek diberkas susulan penemuan rangka manusia tidak sempurna di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pecah pada 19 Januari lalu yang disahkan milik ibu tunggal dua anak itu.

“Dua lagi tangkapan iaitu bapa saudara dan kawan tertuduh akan dijadikan saksi pendakwaan dalam kes bunuh ini dan dibenarkan jamin selepas bon dibawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah di hadapan Majistret Batu Pahat.

“Walau bagaimanapun kawan tertuduh, akan dituduh berkait kes lain iaitu dibawah Seskyen 379 A/ 411 Kanun Keseksaan bersabit kes curi motosikal pada Ahad ini di Mahkamah Majistret Batu Pahat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, pada 18 Januari lalu, ketiga-tiga diberkas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum direman tujuh hari bermula 21 Januari.

Semalam, suspek utama iaitu Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat dan sebutan semula kes pertuduhan kedua akan dilakukan pada 19 Februari ini sementara menunggu laporan kimia. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/25/bapa-saudara-rakan-suspek-kes-bunuh-bella-akan-jadi-saksi-pendakwaan/
Pages: [1]
View full version: Bapa saudara, rakan suspek kes bunuh Bella akan jadi saksi pendakwaan


ADVERTISEMENT